KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya mengatasi cabaran dihadapinya dengan menewaskan pemain nombor 35 dunia dari Mesir Hana Ramadan 11-9, 11-9, 11-5 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini pada Khamis.
Ia merupakan kemenangan ketiga buat Aifa, pemain nombor 69 dunia yang sebelum ini menewaskan dua wakil Mesir Mayar Hany (nombor 47 dunia) dan Yathreb Adel (nombor 31 dunia) masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua.
Pemain dari Kedah itu sememangnya melebihi jangkaan dengan mara ke acara separuh akhir Jelajah Dunia Gangsa Persatuan Skuasy Profesional (PSA), pertamanya.
"Saya sangat gembira menang 3-0 kerana saya berhadapan perlawanan sukar semalam jadi amatlah lega untuk memenanginya dalam tiga set yang merupakan keputusan yang baik. Saya pada mulanya agak gementar pada pusingan kedua tetapi setelah mengalahkan pemain pilihan ketiga Yathreb, saya sememangnya lebih tenang hari ini.
"Saya rasa saya menangis sedikit kerana gembira layak ke acara separuh akhir Gangsa pertama saya. Sekarang saya menumpukan kepada sesi pemulihan kerana rancangan saya untuk menang di separuh akhir," katanya dalam satu kenyataan.
Aifa akan bertemu pemain nombor 19 dunia, Danielle Letourneau untuk satu slot ke final selepas pemain dari Kanada itu mengalahkan pemain nombor 14 dunia dan pilihan kedua Nadine Shahin dari Mesir 11-4, 9-11, 11-7, 11-8, dalam satu lagi aksi suku akhir.
Sementara itu, harapan untuk seorang lagi pemain Malaysia layak ke separuh akhir tidak kesampaian, apabila juara bertahan Rachel Arnold kalah kepada pemain pilihan pertama dan nombor lapan dunia Salma Hany dari Mesir 3-11, 11-8, 11-6, 6-11, 6-11 dalam perlawanan lima set yang mendebarkan.
Salma akan berhadapan pemain pilihan keempat dari Kanada, Holly Naughton dalam separuh akhir. Noughton mengalahkan wakil Hong Kong Tze Lok Ho 11-8, 13-11, 11-13, 11-5 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Dalam kategori lelaki, juara bertahan Ng Eain Yow terus mengekalkan rekod cemerlang di gelanggang sendiri dengan mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Nicolas Mueller dari Switzerland 11-6, 11-5, 11-5.
"Saya fikir ia permainan yang bagus kerana saya pernah berhadapan Mueller di final dua tahun lepas, jadi untuk kemenangan 3-0 hari ini merupakan satu keputusan yang baik buat saya. Saya fikir mungkin dia tidak berada dalam keadaan 100 peratus tetapi saya kekalkan fokus dan strategi saya ialah untuk mengekalkan intensiti tinggi dan memberi tekanan kepadanya di gelanggang.
Saya merasa amat gembira dalam kejohanan ini dan saya di sini untuk memenanginya jadi saya bersedia untuk melakukan apa saja," katanya.
Eain Yow akan berhadapan pemain pilihan pertama Miguel Rodriguez dari Colombia yang mengalahkan dengan mudah wakil Amerika Syarikat ,Shahjahan Khan 11-1, 11-9, 11-1 dalam suku akhir.
Pemain lain yang mara ke separuh akhir ialah pemain pilihan kelima dari Perancis Victor Crouin yang akan bertemu pemain pilihan kedua dari India, Saurav Ghosal.
Terdahulu dalam aksi suku akhir, Crouin menumpaskan wakil Hong Kong Yip Tsz Fung 11-6, 11-8, 11-7 sementara Saurav mengalahkan pemain pilihan kelapan dari Perancis Lucas Serme 1-7, 11-6, 11-6.
Terbuka Malaysia menawarkan hadiah keseluruhan bernilai US$50,000 (RM209,000) untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Pemain skuasy negara Aifa Azman (kanan) beraksi ketika menentang Kirstie Wong (kiri) dari Hong Kong. - Foto fail/BERNAMA
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Skuasy Sukan Asia Hangzhou: Semua pemain acara individu ke suku akhir
Skuad skuasy negara memulakan kempen acara individu Sukan Asia 2022 dengan keputusan memberangsangkan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.
Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.