Terbuka Perancis: Nadal tewaskan Djokovic untuk ke separuh akhir kali ke-15

Astro Arena
Jun 1, 2022 01:36 MYT
Rafael Nadal meraikan kejayaan mengalahkan Novak Djokovic dalam suku akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis di stadium Roland Garros, Paris, 1 Jun 2022. (Foto AP)
RAFAEL Nadal mencuri tumpuan apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis buat kali ke-15 selepas menewaskan Novak Djokovic, 6-2, 4-6, 6-2, 7-6 awal pagi tadi.
Nadal hanya tewas dua daripada sembilan perlawanan terakhir menentang Djokovic di Roland Garros dan juara 13 kali itu mematahkan servis lawan, yang juga pemain nombor satu dunia, berkenaan sebanyak dua kali untuk mendahului 4-2 dalam set pertama.
Pemain Sepanyol itu kemudian memenangi set pertama pertemuan di Gelanggang Philippe-Chattier berkenaan dan membuka set kedua dengan mata pendahuluan selepas memenangi mata break ketujuh.
Djokovic sekali lagi gagal memanfaatkan servis di tangannya untuk ketinggalan 0-3 tetapi segera memperbetulkan keadaan untuk kembali mengawal permainan.
Nadal berpeluang untuk mengikat kedudukan 5-5 dalam set itu tetapi beberapa kesilapan mudahnya menyaksikan Djokovic meraih dua mata terakhir untuk memenangi set kedua selepas pertarungan selama sejam 24 minit.
Nadal kemudian memberikan respons untuk memenangi set ketiga dengan penuh bergaya, jauh meninggalkan Djokovic 6-2.
Memandangkan ia mungkin menjadi kempen terakhirnya di Roland Garros, pemain berusia 35 tahun itu mengeluarkan segala yang dimilikinya dan dengan keazaman yang tinggi, dia memenangi penentuan 'tie-break' keempat untuk mencatatkan kemenangan 7-4 dalam set keempat.

29 - Rafael #Nadal has now won 29 matches against Novak Djokovic, only Novak #Djokovic versus Rafael Nadal has made more wins (30) against a single male opponent in the Open Era. Fable.#RolandGarros2022 #RolandGarros #NadalDjokovic pic.twitter.com/4i1vel4Svv

— OptaAce (@OptaAce) May 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #tenis #Terbuka Perancis #Novak Djokovic