KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd masih menagih khidmat jurulatih muda meningkat naik Nafuzi Zain, dengan menawarkan kontrak baharu kepada beliau untuk musim hadapan.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Seri Iman di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd Ab Rasid Jusoh berkata keputusan untuk mengekalkan Nafuzi sebagai pengendali skuad Penyu, dibuat atas pelbagai faktor terutama bagi pelan persediaan 2022 yang telah dipersiapkan lebih awal oleh pihak pengurusan bersama barisan kejurulatihan musim 2021.
"Keputusan mengekalkan Nafuzi dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah setelah mengambil kira banyak aspek, termasuk senarai pemain yang akan bersama dan akan dilepaskan bagi membawa cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
"Selain itu, ia juga atas dasar komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pengendali muda itu ketika membimbing pasukan TFC sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun, menurut Ab Rasid pihaknya masih menunggu persetujuan daripada Nafuzi yang diharap dapat membantu meningkatkan lagi reputasi skuad Penyu di Liga M pada musim depan.
"Pihak kami amat berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan beliau (Nafuzi) selama ini dan diharap akan terus meningkat dengan aras pencapaian yang ditetapkan kelab bagi musim 2022," katanya.
Nafuzi yang berasal dari Kelantan memulakan karier bersama Skuad Penyu pada 2018 sebagai penolong jurulatih kepada Irfan Bakti Abu Salim sebelum mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih interim pada 2019.
Ia susulan peletakan jawatan Irfan Bakti secara mengejut berikutan masalah prestasi pasukan.
Khidmat beliau terus disambung sehingga musim 2021 yang menyaksikan TFC mengakhiri Liga Super di tangga keempat dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Nafuzi yang berasal dari Kelantan memulakan karier bersama Skuad Penyu pada 2018 sebagai penolong jurulatih kepada Irfan Bakti Abu Salim. - Facebook Terengganu FC
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Air pasang besar: Lebih 40 kampung berhampiran sungai, pantai berisiko
Lebih 40 kampung berhampiran muara sungai dan pantai di Terengganu berisiko dan terkesan mengalami banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
444 mangsa terjejas di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini melibatkan 444 mangsa setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.