THT berpesta gol, benam TNB Thunderbolts 8-1

Bernama
Februari 19, 2023 01:15 MYT
Jang Jonghyun (kiri) dikejar pemain TNB Thunderbolts Mohamad Redzuan Nor Mohamad pada aksi Liga Hoki Malaysia 2023 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Batu Buruk semalam. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pemain bintang Korea Selatan, Jang Jonghyun melakar hatrik manakala penyerang negara Faizal Saari menjaringkan dua gol untuk meraikan kemenangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang menewaskan TNB Thunderbolts 8-1, dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL), petang semalam.
THT, bermain di gelanggang sendiri, - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - tidak dapat dihalang apabila menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil seawal minit kelapan, Shello Silverius (minit ke-13); Faizal Saari (minit ke-22, ke-60), Jang Jonghyun ( ke-24, ke-50, ke-59); dan Fitri Saari (ke-56).
TNB berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi Akmal Azaman pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti.
Dengan kemenangan itu, THT berjaya mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan manakala TNB Thunderbolts kekal dengan empat mata
-- BERNAMA
#THT #hoki #TNB Thunderbolts #Liga Hoki Malaysia