Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi bayangan sekurang-kurangnya tiga jenis sukan dalam program Road To Rio mungkin akan digugurkan.
Beliau berkata semua pihak dan persatuan perlu realistik dengan pencapaian atlet masing-masing dan pihak kementerian hanya mahu memberi tumpuan kepada sukan prospek pingat sahaja pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil.
"Program Road To Rio akan dibuat semakan semula berdasarkan pencapaian atlet pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini, kita kena ingat Sukan Olimpik dua tahun lagi dan bukan semua sukan boleh meraih pingat.
"Jadi saya perlu membuat pemilihan dan keutamaan adalah sukan prospek pingat sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Standard Chartered KL Marathon 2014 di Dataran Merdeka hari ini.
Katanya sebelum bermula Sukan Komanwel pada Julai lalu di Scotland dan Sukan Asia bulan lepas di Incheon, Korea Selatan, sebanyak lima sukan disenarai pendek daripada 11 jenis sukan yang terlibat dalam program Road To Rio.
Namun selepas kemerosotan beberapa jenis sukan pada Sukan Asia September lepas, Khairy berkata terdapat dua atau tiga sukan dalam senarai bahaya dan mungkin digugurkan dalam program Road To Rio.
Difahamkan sebelum ini 11 jenis sukan yang terlibat dalam Program Road To Rio ialah akuatik, angkat berat, berbasikal, badminton, gimnastik, hoki lelaki, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan sukan layar.
"Selepas Sukan Asia ada dua atau tiga sukan (program Road To Rio) dalam senarai bahaya. Ini bermakna saya tidak berapa 'impress' dengan pencapaian mereka. Saya tidak mahu beritahu sukan apa yang akan digugurkan itu lagi.
"Saya mahu dengar apa perancangan mereka (persatuan sukan), kalau mereka buat sasaran tetapi tidak berpijak pada bumi yang nyata dan rakyat juga boleh nilai, saya rasa 'maaf anda dikeluarkan daripada program'," katanya.
Mengulas lanjut peruntukan Bajet 2015 yang lebih memberi penekanan kepada pembangunan sukan serta penumpuan pada enam sukan teras, beliau berkata peruntukan bagi 20 jenis sukan lain turut tidak terlepas daripada program pembangunan.
"Peruntukan 20 jenis sukan lain tetap ada, jadi jangan risau, sukan-sukan lain masih lagi terlibat dalam proses pembangunan ini.
"Enam sukan yang disebut hanya fasa pertama sahaja. Satu perkara lagi, saya rasa bukan soal peruntukan cukup atau tidak, apa yang penting bagaimana kita guna peruntukan tersebut," kata Khairy.
Pada pembentangan bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM103 juta dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan menerusi empat langkah bersepadu.
Kerajaan menekankan bahawa peruntukan itu bertujuan memastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan bermula di peringkat sekolah rendah melalui program Mengenal Pasti Bakat Malaysia.
Selain itu, kerajaan berhasrat mempertingkat mutu sukan berprestasi tinggi menerusi enam bidang sukan terpilih dalam fasa pertama membabitkan bola sepak, berbasikal, badminton, sepak takraw, renang dan olahraga.
"Saya akan mencadangkan (memberi cadangan) kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan bagi program pengenalpastian bakat di peringkat sekolah rendah," kata Khairy.
Bernama
Sun Oct 12 2014
KHAIRY: Semua pihak dan persatuan perlu realistik dengan pencapaian atlet masing-masing dan pihak kementerian hanya mahu memberi tumpuan kepada sukan prospek pingat sahaja.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiga jenis sukan program Road To Rio mungkin digugurkan - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi bayangan sekurang-kurangnya tiga jenis sukan dalam program Road To Rio mungkin akan digugurkan.