Tokyo 2020: Aaron Chia-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Afiezy Azaman
Julai 29, 2021 02:38 MYT
Pasangan regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan selepas berjaya menundukan lawanganya dari Indonesia. - Foto BERNAMA
BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke separuh akhir dalam acara badminton pada Sukan Olimpik 2020.
Ini selepas mereka menundukkan pasangan Indonesia yang juga beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon 21-14, 21-17 di Tokyo, sebentar tadi.
Perlawanan berlangsung selama 33 minit itu menyaksikan beregu negara tampil dengan corak permainan pantas dan menyerang sekaligus melenyapkan reputasi nombor satu dunia daripada pasangan Indonesia.
Ini merupakan kemenangan pertama Aaron-Wooi Yik ke atas Kevin-Marcus selepas tewas tujuh perlawanan sebelum ini di tangan pasangan Indonesia itu.
Aaron-Wooi Yik bakal bertemu pemenang perlawanan antara pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen atau Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen.
#badminton #Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #beregu lelaki