Tokyo 2020: Azizulhasni, Shah Firdaus ke pusingan pertama 1/32

Astro Awani
Ogos 4, 2021 08:52 MYT
Pelumba basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang ketika beraksi dalam peringkat pusingan kelayakan acara pecut di Veledrom Izu hari ini. - Foto BERNAMA
Pelumba berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom memulakan cabaran mereka di Olimpik Tokyo hari ini dengan baik apabila layak ke pusingan pertama 1/32 acara pecut lelaki hari ini.
Azizulhasni Awang melengkapkan pusingan kelayakan dengan mencatat masa 9.626 saat di tempat ke-17 sementara Shah Firdaus dengan 9.700 saat di kedudukan ke-23.
Atlet yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’, berusia 33 tahun itu bakal bertemu juara bertahan, Jason Kenny dari Britain sementara Shah Firdaus, 25, pula akan bertemu Harrie Lavreysen dari Belanda.
Secara keseluruhannya , seramai 24 pelumba terbaik daripada 32 pelumba layak ke 1/32 final yang berlangsung di Izu Velodrome, Shizuoka, pada Rabu.
#Azizulhasni Awang #Belanda #Britain #MARA #Olimpik #pelumba basikal #sukan #Sukan Olimpik Tokyo #Tokyo #ShahFirdausSahrom #Tokyo 2020 #Shah Firdaus #acara pecut