Tokyo 2020: Kes COVID-19 di meningkat kepada 241

Bernama
Julai 31, 2021 10:49 MYT
Jawatankuasa penganjur mengesahkan 21 lagi kes baharu dilaporkan dan kesemua mereka yang dijangkiti sedang dikuarantin. - foto Stadium Astro
TOKYO: Seramai 241 petugas dan mereka yang terbabit dengan Olimpik Tokyo 2020 dijangkiti COVID-19, menurut pihak penganjur pada Sabtu.
Menurut Agensi Anadolu, jawatankuasa penganjur mengesahkan 21 lagi kes baharu dilaporkan dan kesemua mereka yang dijangkiti sedang dikuarantin.
Sejak beberapa hari lalu tiada atlet yang bertanding dijangkiti COVID-19, kata jawatankuasa itu.
-- BERNAMA
#Olimpik #Tokyo #COVID-19 #Tokyo 2020