Nama Tom Pagès menjadi sebutan ramai dalam sukan ekstrem selepas berjaya melakar kemenangan dalam saingan motocross gaya bebas Red Bull X-Fighters.

Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut Pagès melakar kemenangan pusingan yang diadakan di Madrid.

Kejohanan di Madrid sentiasa menjadi tumpuan orang ramai dalam saingan Red Bull X-Fighters ini.

Pagès menjadi peserta pertama mempertahankan kejuaraan tiga kali berturut-turut selepas muncul juara di Madrid pada 2013 dan 2014.

Aksi Tom Pagès di pusingan ketiga Red Bull X-Fighters di Madrid. Gambar - Flo Hagena / Red Bull Content Pool.

Dalam pusingan ketiga jelajah Red Bull X-Fighters 2015, Pagès mengatasi juara pusingan kedua, Levi Sherwood di akhir.

Beraksi dihadapan 23,000 penonton yang memenuhi stadium nyata menyuntik semangatnya untuk memberikan terbaik sekaligus melakar sejarah X-Fighters.

Pagès kini menduduki tempat kedua kedudukan jelajah dunia Red Bull X-Fighters 2015 dengan 180 mata.

Peserta dari Perancis itu berada 20 mata dibelakang pendahulu Clinton Moore dari Australia.

Tom Pagès pertahan gelaran di Madrid. Gambar - Joerg Mitter / Red Bull Content Pool

Keputusan di Madrid : 1. Tom Pagès (FRA), 2. Levi Sherwood (NZL), 3. Clinton Moore (AUS), 4. David Rinaldo (FRA), 5. Josh Sheehan (AUS), 6. Adam Jones (USA), 7. Taka Higashino (JPN), 8. Rob Adelberg (AUS), 9. Maikel Melero (ESP), 10. Javier Villegas (CHI), 11, Dany Torres (ESP), 12. Rémi Bizouard (FRA)

Kedudukan Jelajah Dunia: 1. Moore 200 points, 2. Pagès 180, 3. Sherwood 160, 4. Rinaldo 110, 5. Adelberg 90, 6. Torres 90, 7. Sheehan 90, 8. Jones 70, 9. Bizouard 65, 10. Villegas 45