KERUSI panas jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, yang dijangka bakal ditinggalkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tahun hadapan, mula menimbulkan teka-teki dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Banyak nama yang dicadangkan, dan terbaharu, nama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula disebut-sebut sebagai pengganti.
Dalam temubual bersama Astro Arena beberapa hari lalu, Tony menyatakan kesediaannya mempertimbangkan jawatan itu jika ditawarkan.
Menerusi tinjauan di akaun Facebook dan Twitter Astro AWANI, majoriti netizen bersetuju jika Tony diberikan amanah itu.
REPUTASI
Pendapat itu diluahkan atas dasar beliau tidak terbabit dengan politik, mempunyai minat mendalam dalam bola sepak dan statusnya sebagai ahli perniagaan yang berjaya yang tentunya boleh membantu badan induk bola sepak itu dari segi kewangan dan penajaan.
Ramuan yang dimiliki Tony itu dilihat serba lengkap dalam menyuntik pembaharuan untuk membantu meningkatkan standard bola sepak negara.
KREDIBILITI
Namun begitu, ada juga segelintir yang mempersoalkan jika Tony benar-benar memiliki kredibiliti yang diperlukan untuk memimpin sebuah persatuan bola sepak, apatah lagi dengan pelbagai isu yang melanda FAM sejak kebelakangan ini.
Kata mereka, memimpin organisasi bola sepak tidak sama dengan menerajui syarikat korporat.
Apatah lagi prestasi pasukan Queen Park Rangers, kelab Liga Perdana Inggeris, yang mana Tony merupakan Pengerusi bersama, dilihat tidak menentu.
Tengku Abdullah merupakan Presiden FAM semenjak tahun 2014.
Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ, pernah dicanangkan sebagai calon paling layak memimpin FAM.
Namun dalam temuramah bersama personaliti televisyen Harith Iskander dalam program Obviously Harith Iskander, beberapa minggu lepas, TMJ mengesahkan tidak akan bersaing merebut jawatan itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada bola sepak di Johor.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau menyerahkan kepada anggota FAM untuk menilai dan membuat keputusan berhubung kesediaan Tony memikul tugas itu.
Madiha Abdullah
Sat Sep 10 2016
Tony menyatakan kesediaannya mempertimbangkan jawatan itu jika ditawarkan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.