Tottenham benam Arsenal 2-0

Bernama
Disember 7, 2020 03:56 MYT
Pemain Arsenal Rob Holding cuba menahan kemaraan Son Heung-min ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Arsenal di Stadium Tottenham Hotspur, London, England, 6 Dis, 2020. (Foto AP)
ISTANBUL: Tottenham Hotspur mengalahkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Tottenham memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila penyerang Korea Selatan, Son Heung-min membolosi gawang lawan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, di utara London.
Penyerang Harry Hane menambah jaringan pada minit ke-45 bagi memastikan kelabnya mendahului dengan selesa.
Tottenham Hotspur kekal di puncak liga dengan 24 mata, sementara Arsenal turun ke tangga ke-15 dengan 13 mata.
-- BERNAMA
#Tottenham Hotspur #Arsenal #Liga Perdana Inggeris