TERENGGANU Cycling Team (TSG) kembali merampas gelaran pasukan terbaik Asia 2021 selepas mengumpul 856.67 mata, lebih 600 mata mengatasi pencabar terdekat, Vino Astana Motors dari Kazakhstan.

Kejayaan itu susulan prestasi mantap menyertai saingan di Eropah termasuk di Turki.

TSG juga merampas gelaran pasukan terbaik Asia daripada juara musim lalu, Team Sapura Cycling (TSC) yang menamatkan musim 2021 di tangga kesembilan.