KUALA LUMPUR: Seiring dengan arus kemodenan teknologi, juara Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim Ke-10, skuad team Haq berharap calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih cakna dengan perkembangan e-sukan.
Team Haq ketika ditemui Astro AWANI memberitahu bidang e-sukan seharusnya dipandang serius oleh semua pihak dari peringkat kerajaan hingga ke golongan belia.
“Memandangkan Malaysia bakal menghadapi PRU-15 tidak lama lagi, kami mewakili penggiat industri e-sukan meletakkan kepercayaan kepada calon yang bertanding tidak kira dari parti mana sekalipun agar peka dengan perkembangan semasa e-sukan.
“Maksud kami cakna, meraikan e-sukan dan bukan memandang serong. Lihat kepada potensi besar yang ada pada e-sukan di negara kita,” kata skuad e-sukan team Haq yang bakal berentap di pentas Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4) dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia tahun hadapan.
Jurulatih Khairul Azman Muhammad Syarif memaklumkan bidang e-sukan perlu mendapat perhatian sewajarnya memandangkan ia mendapat perhatian dalam kalangan anak muda negara.
“Mungkin ada segelintir berpendapat orang main permainan video buang masa, buang duit dan tak mendatangkan hasil. Orang ramai seharusnya peka bahawa e-sukan sebenarnya membuka peluang pekerjaan kepada ramai anak muda.
“Contohnya dalam bidang kreatif, pengurusan, pemasaran dan sebagainya. Itu yang ramai tak nampak. E-sukan bukan fokus kepada sukan semata-mata tetapi dalam ruang perniagaan juga,” kata jurulatih Khairul Azman Muhammad Syarif.
Dalam pada itu, pengasas team Haq Esports Club, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin mempunyai pendapat serupa merancang untuk mendapatkan tajaan atau kerjasama dari pihak Kementerian Belia Sukan (KBS) atau mana-mana agensi badan bukan Kerajaan.
“Sebelum ini saya pernah usulkan cuma team HAQ belum dikenali lagi. Alhamdulillah selepas sudah bergelar juara, InshaAllah saya akan usulkan ke pihak agensi di bawah KBS, iaitu E Sport Integrated dan Malaysia E Sport Federation (MESF) untuk mendapat tajaan atau sokongan perlawanan akhir nanti.
“Setakat ini, yang ada tajaan cuma sesetengah pemain dan kami masih dalam proses mencari tajaan lagi memandangkan perlawanan ini dimainkan di peringkat dunia,” katanya.
Sementara itu, Aiman juga berharap mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia sekaligus team Haq dapat membawa pulang piala johan di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4) dijadual berlangsung pada 1 hingga 15 Januari depan.
“Andai kata kalau menang, Insya-Allah kami akan cuba bangunkan industri e-sukan sebaik mungkin. Jujurnya bukan duit semata menjadi fokus utama untuk menang, apa yang lebih penting dapat naikkan nama negara di mata dunia. Jika kami menang, rencananya nak bangunkan sebuah akademi e-sukan yang fokus berkongsi ilmu dalam hal-hal berkaitan struktur organisasi e-sukan dan cara bidang ini beroperasi,” akhirinya.
Team Haq dibarisi oleh Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin, Muhammad Azmil Aidil, Khairul Azman Muhammad Syarif, Muhammad Syafizan Najmi, Aimin Zairie Anuar, Aiman Zairie Anuar, Poh Chun Wai, Muhammad Qamarul Hisyam Mohd Shukri dan Abdul Waffi.
Faida Rahim
Sun Oct 23 2022
Team Haq ketika ditemui di pejabat Astro AWANI baru-baru ini. - Astro AWANI
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.