UCL: Bayern tidak beri peluang buat Barca cipta kejutan

Astro Arena
Disember 9, 2021 02:57 MYT
Aksi pemain Bayern Robert Lewandowski (kanan, melonjak tinggi) dan pemain Barcelona Ronald Araujo ketika perlawanan UCL kumpulan E antara Bayern Munich dan FC Barcelona di Munich, Jerman, 8 Dis 2021. (Foto AP)
BARCELONA tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara berikutan kekalahan 3-0 kepada Bayern Munich di Allianz Arena.
Skuad kendalian Xavi melangkah ke saingan Liga Europa dan tidak akan beraksi di peringkat kalah mati saingan utama pentas Eropah buat pertama kali sejak musim 2003-04.
Ketika kedudukan Bayern di tempat teratas Kumpulan E sudah terjamin, gol separuh masa pertama daripada Thomas Muller dan Leroy Sane meletakkan Bayern dengan baik dalam perjalanan untuk mara dengan rekod 100 peratus.
Jamal Musiala melengkapkan kemenangan skuad kendalian Julian Nagelsmann apabila meledak gol ketiga perlawanan pada minit ke-60 pasukan tuan rumah.

In good hands #FCBFCB 3-0 pic.twitter.com/2txlljsNiV

— FC Bayern English (@FCBayernEN) December 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#barcelona #Bayern Munich #UCL #Liga Juara-Juara