Nampaknya kemarahan rakyat Malaysia khususnya penyokong tegar Harimau Malaya selepas tragedi kekalahan 0-10 minggu lalu sudah tidak dapat dibendung.

Terbaharu, Ultras Malaya, dengan kerjasama Ultras negeri dan kelab dilaporkan akan mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam malam ini.

Satu imej poster telah dimuat naik ke laman Facebook Ultras Malaya.

Ultras Malaya 1
Keratan status yang dimuat naik ke laman Facebook Ultras Malaya.




Perhimpunan itu bukan sekadar bertujuan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kekalahan memalukan itu, tetapi turut membawa aspirasi penyokong yang mahu pasukan jemputan dari Singapura iaitu Lions XII disingkirkan dari saingan liga bola sepak Malaysia.

Mereka juga menyertakan hashtag #‪#‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬, selain #singkirlions.




Laman Facebook Ultras Malaya turut menyenaraikan 31 sebab yang selama ini sering mengundang rasa tidak puas hati penyokong berhubung pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Antara yang disenaraikan adalah bagaimana Malaysia bolos 17 kali dalam saingan kelayakan Piala Asia kali ini namun hanya menjaringkan satu gol, selain fakta ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

Stadium Shah Alam malam ini akan menjadi lokasi perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi dalam kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.