Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM) sedang merangka pelan strategi bagi mendapatkan semula status Makmal Anti-Doping Antarabangsa dari Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) selepas penggantungan akreditasinya pada tahun 2010.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penstrukturan dan pelannya sedang diteliti dan akan dibuat dalam masa terdekat.
Katanya, selepas pengiktirafan makmal doping di negara ini digantung, negara terpaksa menanggung kos yang tinggi apabila terpaksa menghantar sampel darah bagi ujian doping ke New Delhi dan Bangkok.
Shabery berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, KBS katanya bersedia membantu menyediakan perkara asas seperti menguji sekurang-kurangnya 3,000 sample setahun sebagaimana yang diperlukan oleh pusat doping.
Pusat Kawalan Doping USM digantung akreditasi oleh WADA sejak Jun 2010 selepas didakwa gagal mematuhi amalan Standard Antarabangsa untuk Makmal (ISL).
Datuk Seri Shabery Cheek di temui selepas melawat pusat kawalan doping di Universiti Sains Malaysia pada Khamis.
Pada pertemuan itu beliau turut mengikuti sesi perbincangan antara pusat kawalan doping dengan Prof David Cowan iaitu pakar bidang kawalan dadah dari King’s College of London yang dijemput untuk mengkaji dan memberi cadangan terhadap langkah USM memohon semula akreditasi pusat kawalan doping.
Astro Awani
Thu Feb 21 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
USM rangka pelan dapatkan status Makmal Anti-Doping Antarabangsa
Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM) sedang merangka pelan strategi bagi mendapatkan semula status Makmal Anti-Doping Antarabangsa