KUALA LUMPUR: Tiga platform media sosial serta sistem komunikasi ringkas iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram dilapor menghadapi gangguan sementara. 

Pengguna aplikasi WhatsApp melaporkan aplikasi tersebut tidak boleh menerima atau menghantar mesej, selain tertera status 'connecting'.

Sementara itu, bagi dua lagi aplikasi media sosial, Facebook dan Instagram, para pengguna tidak dapat menerima suapan terkini bermula jam 3.12 petang tadi.

Namun, pemerhatian Astro AWANI mendapati proses pemulihan sistem pelayan aplikasi tersebut beransur pulih secara berperingkat. 


Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pembangun ketiga-tiga aplikasi tersebut.