KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023 selepas menundukkan wakil Korea Selatan An Se Young hari ini.
Kejayaan Juara Dunia berusia 25 tahun itu menjadikan beliau pemain kedua Jepun yang memenangi gelaran juara selepas bekas juara Sukan Asia Hiroe Yuki pada 1968.
Pada aksi final berlangsung di Axiata Arena hari ini, Yamaguchi yang ketinggalan 12-21 pada set pertama, bangkit pada set kedua 21-19, sebelum menidakkan hasrat Se Young bergelar pemain Korea Selatan pertama melakar sejarah di Terbuka Malaysia dengan kemenangan 21-11.
"Se Young bermain dengan baik di set pertama tapi saya bermain lebih baik untuk mengatasinya pada set kedua dan ketiga kelihatan, dia sudah keletihan.
"Saya sangat gembira memenangi kejohanan ini, selepas tiada pemain Jepun melakukannya setelah sekian lama. Saya tiada sasaran khusus untuk tahun ini tapi mahu bermain sebaik mungkin," kata Yamaguchi yang mencipta kemenangan ke-10 selepas 15 pertemuan kedua-dua pemain itu.
Yamaguchi membawa pulang hadiah wang tunai US$87,500, manakala naib juara AS$42,500.
Sementara itu, meskipun tidak dapat memenuhi hasrat meraih gelaran juara untuk pemain idolanya Ratchanok Intanon dari Thailand, Se Young tetap positif untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan hari ini.
"Ini adalah kejohanan pertama untuk tahun ini, walaupun saya tidak menang tapi mara ke final adalah pencapaian yang bagus. Permulaan yang baik untuk tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023. - Foto BERNAMA
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Yamaguchi juara Terbuka Malaysia 2023, tamat penantian 55 tahun Jepun
Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023.
Terbuka Malaysia: Axelsen, Yamaguchi mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan dunia, Viktor Axelsen dan Akane Yamaguchi masing-masing melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Axelsen, Yamaguchi pemain terbaik BWF
Anugerah tahunan sempena majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 itu diadakan bagi mengiktiraf prestasi pemain.
Badminton Terbuka Malaysia: Yamaguchi tewas pada aksi pusingan pertama
Terbuka Malaysia 2022 bermula dengan kekecewaan terbesar kejohanan badminton itu apabila pemain wanita nombor satu dunia Akane Yamaguchi disingkirkan oleh pemain Indonesia Gregoria Mariska Tunjung.
Malaysia jumpa Indonesia di final selepas jinakkan Jepun
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama negara dengan kemenangan 21-11, 8-21, 21-11 ke atas pemain di ranking ke-10 dunia Kanta Tsuneyama.