KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, menjangkakan Kento Momota akan tampil dengan prestasi lebih baik ketika pertembungan antara Malaysia dan Jepun bagi menentukan juara Kumpulan D Piala Sudirman 2021, malam ini.
Momota yang beraksi buat kali pertama selepas kecewa tersingkir seawal aksi peringkat kumpulan pada Sukan Olimpik Tokyo, dilihat masih bergelut dengan prestasi kurang memuaskan ketika menentang pemain ranking 205 dunia Johnnie Torjussen dari England, sebelum mencatat kemenangan 22-20, 21-10 kelmarin.
Walaupun pemain nombor satu dunia itu menampilkan prestasi kurang menyerlah pada aksi di Energia Areena itu, Zii Jia percaya Momota akan kembali mendapat sentuhan berbisanya dalam masa terdekat, berdasarkan kepada karakter dimiliki pemain tersebut.
"Saya menonton perlawanannya, saya nampak dia kurang keyakinan, tapi saya percaya beliau akan tetap akan kembali lebih kuat sebab dia adalah Momota. Kita tahu sebelum ini daripada kena penggantungan, masih boleh kembali menjadi pemain nombor satu dunia.
"Saya rasa dengan karakter yang strong macam itu, bukan satu masalah yang besar untuknya kembali lebih kuat dan cari keyakinan balik," katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.
Zii Jia berkata perlawanan hari ini juga menjadi pertarungan yang penting antara kedua-dua pemain berkenaan, apabila Momota sedang kembali mencari rentak dan membalas dendam kepadanya, manakala juara All England itu mahu mengekalkan momentum kemenangannya.
Zii Jia, pemain ranking kelapan dunia yang tewas dalam kesemua enam pertemuan menentang Momota sejak 2017, akhirnya berjaya mencipta kejutan ke atas Momota pada suku akhir All England, sebelum beraksi cemerlang merangkul gelaran kejohanan berprestij itu.
Sejak kejuaraan All England itu pada Mac lepas, kedua-dua pemain belum bertemu pada mana-mana kejohanan.
Momota, 27, yang merupakan juara dunia sebanyak dua kali, pernah digantung daripada arena badminton bermula April 2016 hingga Mei 2017 selepas mengaku berjudi di kasino, dengan beliau terpaksa bermula kembali daripada ranking 282 dunia.
Mengenai prestasinya sendiri, Zii Jia berkata ia agak baik dan masih mencari rentak selepas hampir dua bulan tidak beraksi selepas Sukan Olimpik Tokyo, pada Ogos lepas.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata pemain negara tidak boleh mengambil mudah kemampuan Momota, walaupun pemain utama Jepun itu dilihat masih mencari rentak permainan.
"Untuk pemain kita, tak kiralah siapa yang diturunkan, sama ada Zii Jia, Ng Tze Yong atau Aidil Sholeh Ali Sadikin, mereka harus berjuang untuk kemenangan, sama ada lawannya Momota atau pemain lain," katanya.
Malaysia dan Jepun yang masing-masing sudah layak ke suku akhir, selepas mencatatkan kemenangan ke atas England dan Mesir, akan membuat perhitungan untuk menentukan juara kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021
Zii Jia berkata ia agak baik dan masih mencari rentak selepas hampir dua bulan tidak beraksi selepas Sukan Olimpik Tokyo, pada Ogos lepas. - Foto fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
All England: Permainan Zii Jia semakin meningkat, tapi entahlah - James Selvaraj
Prestasi dipamerkan Lee Zii Jia tampak semakin meningkat biarpun perjalanannya terhenti di Kejohanan All England 2024 di Birmingham.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
SELBATC: Dominasi Zii Jia berikan mata pertama Malaysia
Lee Zii Jia, memberikan mata pertama buat Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC).