KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia disarankan agar menggunakan semula khidmat jurulatih bagi memastikan prestasinya kembali ke tahap sebenar sekali gus membolehkan karier badmintonnya terus berkembang.
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata selaku pemain yang pernah bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini, Zii Jia sudah tentu lebih mengetahui apa dimahukan dalam memilih jurulatih terbaik untuk dirinya sama ada jurulatih yang lebih kepada aspek serangan atau 'rally'.
"Bagi saya setiap pemain perlu ada jurulatih dan pasukan yang bagus kerana ia dapat meningkatkan keupayaan fizikal serta mental pemain. Dia (Zii Jia) hanya perlu fokus kepada bermain sahaja.
"Nak jadi pemain bertaraf tinggi kena ada latihan yang keras, jurulatih dan pasukan akan merencana persiapan terbaik buatnya. Yang penting ada pihak boleh beri dia semangat untuk terus kekal bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program amal, di sini hari ini.
Ketiadaan jurulatih di samping Zii Jia selepas berpisah dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya, November tahun lepas ternyata memberikan impak kepada pemain berusia 25 tahun itu.
Ini dapat disaksikan apabila beliau terkandas awal di pusingan pertama Terbuka Malaysia, diikuti kekalahan pada pusingan kedua Terbuka India serta Masters Indonesia pada bulan lepas.
Bekas Juara All England itu sebelum ini mengalami penurunan ranking dunia apabila jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat berdasarkan ranking terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Bekas Pemain Badminton negara dan Duta Milo Hi- Fibre, Datuk Rashid Sidek ketika sidang media pada Program Charity At Heart Milo di sebuah pusat beli-belah hari ini. - Foto BERNAMA
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
All England: Permainan Zii Jia semakin meningkat, tapi entahlah - James Selvaraj
Prestasi dipamerkan Lee Zii Jia tampak semakin meningkat biarpun perjalanannya terhenti di Kejohanan All England 2024 di Birmingham.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
SELBATC: Dominasi Zii Jia berikan mata pertama Malaysia
Lee Zii Jia, memberikan mata pertama buat Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC).