BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Ramlan Abdul Aziz berkata, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu mengkaji semula formula kemenangannya tersendiri.

Pemain perseorangan nombor satu Malaysia itu telah mempamerkan aksi yang membanggakan ketika kejohanan berprestij Seluruh England dan Terbuka Switzerland.

Selepas permulaan yang kurang memberangsangkan dua kejohanan itu jelas menjadi penyuntik semangat terbaik buat Zii Jia.

Namun Ramlan percaya persoalan mengenai punca kekalahan terlalu kerap berlaku. 

Sebaliknya kajian diperlukan untuk mengenal pasti apa yang harus dilakukan seseoran pemain untuk meraih kemenangan.