Zouma terima padah gara-gara tendang kucing

Sinar Harian
Februari 11, 2022 23:22 MYT
Kurt Zouma ketika bermain dalam EPL antara West Ham United dan Watford di Stadium London, London, Britain, 8 Feb 2022. - Gambar fail REUTERS
TONGGAK pertahanan West Ham, Kurt Zouma akhirnya menerima padah susulan tindakan dia mengasari kucing Bengal miliknya baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, West Ham memaklumkan, Zouma dikenakan denda dengan ‘jumlah paling maksimum’ kerana mengasari kucingnya di rumah agam miliknya di London.
“West Ham United mengesahkan Kurt Zouma sudah didenda semaksimum mungkin selepas aksinya dalam video itu tular. Pemain itu diminta menderma kepada badan kebajikan haiwan,” kata kenyataan itu.
Laporan mengatakan Zouma boleh didenda sekitar £250,000 (RM1.41 juta) dengan standard ditetapkan dalam kontrak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Malah, kontrak Zouma dengan pengeluar barangan sukan Adidas ditamatkan selepas tersebar video yang menunjukkan dia menyepak haiwan peliharaannya itu.
Artikel asal di Sinar Harian
#Kurt Zouma #tendang kucing #denda #West Ham