KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON) sekali lagi menampilkan penyertaan pada arena 'Non-Fungible Tokens' (NFT) sempena sambutan kemerdekaan dengan menawarkan 4,800 NFT yang boleh ditebus hingga 16 Oktober ini.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata selain memanfaatkan teknologi NFT dalam strategi pemasaran, kempen #ClassicMalaysianMoments ini sekali gus memperluaskan bidang teknologi ini kepada orang ramai.

Jelasnya, hasil kreatif milik 10 pemenang NFT #ClassicMalaysianMoments terpilih turut dikongsi di platform e-dagang NFT di mana pelanggan AEON boleh menebusnya.

“Jadi ditambah pula dengan pemberian secara percuma, bagi yang berminat anda hanya perlu muat turun aplikasi iAEON dan mendaftar sebagai ahli iAEON sahaja untuk memiliki NFT pertama anda. Itulah hadiah AEON kepada anda.

“Syaratnya mudah sahaja, bagi ahli AEON, hanya imbas kod QR yang disediakan dan lampirkan resit pembelian RM100 untuk memiliki dua karya NFT anda.

"Manakala, mereka yang bukan ahli, syarat pembelian masih sama, cuma anda hanya akan menerima satu NFT sahaja.

“Selain itu, NFT ini hanyalah bernilai sekiranya ia adalah sesuatu yang menjadi perbualan umum dan pemikiran yang dialami semua.

"Itulah keunikan NFT dan salah satu faktor mengapa kita melibatkan pelanggan dan artis.

"Di samping itu, kami juga sangat gembira sekiranya dapat sedikit sebanyak membantu artis menjana pendapat menerusi program ini,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.

Sebelum itu, AEON telah menganjurkan kempen #ClassicMalaysianMoments untuk rakyat Malaysia berkongsi detik-detik yang mengesahkan mereka orang Malaysia.

Sepuluh hasil karya #ClassicMalaysianMoments terpilih daripada lebih 500 penyerahan mendapat baucar AEON dan penyertaannya dicipta sebagai NFT yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON sebagai kenang-kenangan dalam dunia digital.  

Selain itu, antara kebanyakkan jenama produck yang dipilih oleh rakyat Malaysia untuk penyertaan kempen #ClassicMalaysianMoments termasuk Milo, Hup Seng, 100 Plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellog’s, Munchy’s, F&N, Naturel and Cap Kipas Udang.

Jangan ketinggalan dapatkan segera semua karya unik NFT sehingga 16 Oktober ini.


Apa itu NFT?

NFT atau 'Non Fungible Token' merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknologi rantaian blok (blockchain).

Sifatnya unik menjadikan setiap aset yang telah ditempa (mint) ke dalam sistem blockchain tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain.

Jadi, setiap aset NFT akan dilengkapi dengan maklumat pemilik serta maklumat lain seperti harga, masa ia ditempa (mint) dan lain-lain.


Bekerjasama dengan Meta Universe (MU)

Pada masa sama, AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan tulen untuk semua perkara NFT dan Metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan lebih lancar dalam pelayaran ke arah aliran digital sepanjang peraduan.

Usaha ini membantu mengaktifkan komuniti yang menggunakan sesuatu jenama, sekali gus mampu membantu program pemasaran di masa depan.

Khusus buat mereka yang telah menjadi ahli AEON. Imbas kod QR di atas.


Buat mereka yang telah menjadi ahli AEON, anda hanya perlu imbas kod QR atau tekan link di sini dan lampirkan maklumat ke pautan yang diperlukan. Semudah itu, NFT akan menjadi milik anda.

Khusus buat mereka yang bukan ahli iAEON. Imbas kod QR di atas.

Manakala, bagi mereka yang bukan ahli iAEON, anda boleh imbas di QR yang disediakan atau tekan link di sini untuk mendaftar sebagai ahli iAEON dan lampirkan maklumat yang diperlukan. Setelah karya NFT akan menjadi milik anda. Mudah bukan?.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.aeonretail.com.my/merdeka-2022


AEON | AEON tawar 4,800 NFT percuma

*Artikel ini adalah kandungan berbayar