GADGETS
Aplikasi Xbox PC kini sokong pustaka permainan pelbagai platform

Microsoft kemas kini aplikasi Xbox di PC untuk menyenaraikan permainan dari Steam, Epic Games Store dan Battle.net dalam satu tempat. -Amanz
JIKA anda seorang gamer PC yang tegar, salah satu isu yang pastinya membelenggu ialah keperluan memuat turun dan mendaftar akaun pelbagai gedung pembelian permainan digital yang ada sekarang, termasuklah Steam, Epic Games Store, dan lain-lain.
Ringkasan AI
- Microsoft kemas kini aplikasi Xbox di PC untuk menyenaraikan permainan dari Steam, Epic Games Store dan Battle.net dalam satu tempat.
- Permainan yang telah dipasang akan muncul di tab My Library selepas pengguna log masuk ke akaun masing-masing.
- Akaun platform perlu aktif di latar belakang untuk pengesahan DRM sebelum permainan boleh dimainkan.
Anda akan perlu memastikan bahawa anda sudah pun melog masuk ke dalam akaun-akaun Steam, Epic dan Battle.net terlebih dahulu sebelum permainan-permainan tersenarai.
Untuk tujuan pengesahan DRM, akaun-akaun ini juga akan perlu aktif di latar belakang sebelum ia boleh dimainkan.
Anda boleh mengemas kini aplikasi Xbox anda hari ini untuk menggunakan ciri ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami