Celcom mula jual iPhone 7 dan iPhone 7 Plus 14 Oktober

Bernama
September 30, 2016 04:33 MYT
Model-model tersebut menampilkan sistem kamera canggih baharu dan hayat bateri yang mampu bertahan lama selain kalis air dan tahan debu. - Gambar fail
Celcom Axiata Bhd akan menawarkan model iPhone paling canggih dan terbaik, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, di Malaysia bermula 14 Okt, 2016.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata model-model tersebut menampilkan sistem kamera canggih baharu dan hayat bateri yang mampu bertahan lama selain kalis air dan tahan debu.
Pelanggan boleh menempah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bermula 7 Ogos, 2016 menerusi https://www.bluecube.com.my. -- BERNAMA
#bluecube #celcom #iPhone 7 #iphone 7 plus