GADGETS
ChatGPT mungkin akan perlihatkan tera air pada imej dijana

OpenAI sedang menguji fungsi tera air pada imej yang dijana oleh ChatGPT, berkemungkinan akan dikenakan kepada pengguna percuma. -Amanz
CHATGPT dilihat memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baharu kebelakangan ini dan dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi tidak lama lagi.
Ringkasan AI
- OpenAI sedang menguji fungsi tera air pada imej yang dijana oleh ChatGPT, berkemungkinan akan dikenakan kepada pengguna percuma.
- Kod sumber APK beta menunjukkan muat turun imej tanpa tera air mungkin hanya tersedia untuk pelanggan berbayar.
- Tiada pengumuman rasmi dibuat, jadi pelaksanaan ciri ini masih belum disahkan.
Pilihan tersebut diperlihatkan pada kod sumber fail APK ChatGPT beta terbaru, dan menandakan kebarangkalian tinggi bahawa imej yang dijana oleh pengguna percuma akan hadir dengan tera air ChatGPT kelak.
Pilihan untuk memuat turun imej yang dijana tanpa tera air mungkin juga akan diperkenalkan kepada pelanggan berbayar sahaja, di mana ciri muat-turun tanpa tera air akan ditawarkan kepada pengguna berbayar.
OpenAI dan ChatGPT masih belum membuat sebarang pengumuman tentang fungsi ini, jadi ia tidak diketahui lagi jika ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang akan diperkenalkan pada aplikasi AI tersebut di masa akan datang. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami