Facebook bakal membolehkan interaksi antara Messenger, WhatsApp dan Instagram

Kohilah Sekaran
Mei 1, 2019 07:12 MYT
Pengguna Facebook tidak lama lagi akan dapat menghantar mesej menerusi tiga platform permesejan Facebook yang berbeza: Messenger, Instagram dan WhatsApp.
Pengguna Facebook tidak lama lagi akan dapat menghantar mesej menerusi tiga platform permesejan Facebook yang berbeza, iaitu Messenger, Instagram dan WhatsApp.
Facebook bakal menawarkan sokongan saling kendali antara Messenger, WhatsApp dan juga Instagram.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Produk Pengguna Messenger Asha Sharma pada acara F8 2019 yang diadakan pada Rabu.
“Kami percaya orang sepatutnya boleh berinteraksi dengan sesiapa di mana saja,” kata Asha Sharma.
Ini bermakna, dengan sokongan ciri ini, pengguna WhatsApp boleh menghantar mesej ke pengguna di Messenger, pengguna Messenger ke Instagram, dan sebagainya.

Confirmed: Facebook Messenger, Instagram and WhatsApp will be integrated. Life is getting easier today.#f82019 pic.twitter.com/evbUPh4Jtu

— Boris MERCIER (@borismercier) April 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hal ini akan membolehkan pengguna kekal berinteraksi antara platform – tanpa mengira aplikasi mana yang digunakan mereka pada sesuatu masa.
Bagaimanapun, Facebook berkata mereka masih dalam proses membangunkan ciri ini dan tidak menyatakan sebarang latar masa pengenalannya buat masa ini.
#chat #Facebook #Instagram #interaksi #pembaharuan #teknologi #WhatsApp