iPhone 7 bakal diperkenal 7 September ini?

Kohilah Sekaran
September 2, 2016 07:28 MYT
Syarikat Apple Inc dijangka bakal mendedahkan edisi terbaharu perantinya pada 7 September ini.
Syarikat Apple Inc dijangka bakal mendedahkan edisi terbaharu perantinya pada minggu hadapan.
Apple turut mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco pada 7 September ini pada jam 10 pagi meskipun enggan mendedahkan butiran lanjut apakah tujuan ia diadakan.
Namun khabar sedang bertiup kencang yang Apple bakal memperkenal telefon pintar yang dinanti-nantikan iaitu iPhone 7.
Menerusi portal rasmi, syarikat itu menghantar jemputan kepada pihak media dan tetamu khas.
“Jumpa pada 7 September,” tulis mereka pada jemputan atas talian itu.
Acara khas ini menjadi acara tahun bagi Apple Inc untuk memperkenalkan produk-produk terbaharu mereka.
Ini merupakan tahun kelima Apple Inc mengadakan acara media ini.

Ready for the iPhone7

— Kayla (@kaylaaaawshdt) September 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apple event About #Iphone7 on September 7 And Mobile launching on September 16 ( International )

— Lakshman (@lakshmanclassy) September 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ok, it seems #iPhone7 will make its first public appearance on September 7 at the Bill Graham Civic Auditorium in San Francisco.

— Sandipan Banerjee (@im_sandipan) September 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Apple #iPhone 7 #telefon pintar