KUALA LUMPUR: Kelab NFT Malaysia (MNC) menjalinkan kerjasama dengan MAHSA University (MAHSA) dalam usaha untuk memperkasa dan menerajui pemilikan aset digital dalam bentuk 'Non-Fungible Token' (NFT).
Menurut Presiden MNC, Shahfuddin Zaharulzaman, kerjasama ini melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar, dan para pelajar, di samping penganjuran persidangan NFT dan metaverse di peringkat domestik dan antarabangsa.
Katanya lagi, ia sebagai usaha untuk membolehkan golongan muda menerokai dunia baharu internet yang berpotensi besar untuk melonjak ekonomi Malaysia di pentas antarabangsa.
“Untuk pemain-pemain NFT kita memang menyasarkan golongan-golongan muda bagi menjadi pencipta kepada karya NFT.
"Kerjasama ini penting untuk memajukan dan merancakkan industri digital negara.
“Jadi, kenapa kita ingin mendidik pelajar daripada MAHSA, sebab kita tahu MAHSA ini ada banyak (kursus) perniagaan, ada hospital, kolej dan banyak lagi, Oleh itu, kita ambil peluang untuk bersama-sama mereka menaikkan dunia digital." katanya kepada Astro AWANI selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MNC dan MAHSA baru-baru ini.
MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif dan pro Canselor MAHSA, Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah dengan Shahfuddin yang mewakili MNC.
Turut sama menyrtai majlis tersebut, pelakon dan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, Zizan Nin dan komposer, Edrie Hashim.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, MAHSA berkata pihak MNC akan mengadakan bengkel latihan bagi tujuan menjelaskan secara lebih terperinci tentang NFT serta potensinya di seluruh rangkaian Kumpulan MAHSA.
NFT merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknologi 'blockchain' .
Layari juga https://pulse.astroawani.com/nft untuk ikuti berita terkini berkaitan dunia NFT.
Umar Sadique
Fri Jun 03 2022
Turut sama menyrtai majlis tersebut, pelakon dan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, Zizan Nin dan komposer, Edrie Hashim. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Sari Nuar Tan tinggalkan legasi dalam pembangunan pendidikan, ekonomi Sabah - Hajiji
Mendiang Datuk Seri Sari Nuar Tan telah meninggalkan legasi cemerlang dalam pembangunan pendidikan dan ekonomi negeri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.
Tahap kebahagiaan Malaysia melepasi tahap purata kebahagiaan global - Ipsos
Malaysia berada pada tahap 77 peratus, lebih tinggi daripada purata 30 negara yang mencatatkan tahap 71 peratus.
KPM, agensi perlu mampu atasi keciciran pelajaran tanpa bergantung kepada orang politik - Penganalisis
KPM dan agensi-agensi di bawahnya perlu mampu bertindak sendiri dengan menggunakan data-data sedia ada untuk mengatasi isu keciciran pelajaran.
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan empat intervensi kurikulum bagi menangani isu keciciran pembelajaran.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.