KUALA LUMPUR: Bukan sekali dua kejadian pengecas mudah alih (power bank) meletup secara tiba-tiba.
Memetik laporan portal CNA, dua penumpang di dalam sebuah penerbangan tambang murah dilaporkan cedera dalam kejadian power bank meletup, baru-baru ini.
Insiden menyebabkan situasi bertukar huru-hara di dalam pesawat yang sudah bersedia untuk berlepas di Taiwan, baru-baru ini.
Menurut syarikat penerbangan Scoot, pesawat TR993 terpaksa kembali ke pintu landasan selepas power bank milik salah seorang penumpang tiba-tiba meletup dan terbakar.
Difahamkan, pemilik power bank itu dan rakannya mengalami kecederaan selepas melecur di jari.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), power bank dikategorikan sebagai bateri lithium ganti yang terdapat dalam produk elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan basikal elektrik.
Jika anda mempunyai rancangan untuk pergi bercuti dan bakal menaiki pesawat, ambil tahu beberapa perkara ini untuk memastikan bagasi dan power bank dalam keadaan selamat.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Politeknik Republik, Prodesor Wang Yihua berkongsi beberapa info penting mengenai keselamatan power bank di dalam pesawat.
Apa yang perlu anda buat?
Power Bank atau pengecas mudah alih mesti dibawa dalam bag mesra kabin dan tidak boleh didaftar masuk. Bag pintar (smart luggage) yang boleh disambung dengan power bank mesti ditanggalkan dan harus dicabut sebelum penerbangan.
1). Power bank dibenarkan untuk digunakan hanya apabila kapal terbang berada pada ketinggian dan bukan semasa pesawat bergerak di landasan, berlepas dan mendarat.
Walau bagaimanapun, penumpang sentiasa diingatkan tidak menggunakan sebarang pengecas mudah alih dalam penerbangan atas sebab keselamatan.
2). Apabila membawa bateri ganti untuk telefon pintar/power bank di dalam bagasi berdaftar atau bagasi tangan, penumpang harus melindungi terminal bateri daripada berlakunya litar pintas.
Mereka boleh menebat terminal dan melindunginya daripada terdedah menggunakan pita pelekat.
3). Anda harus mempertimbangkan membeli power bank dari jenama dipercayai dengan jaminan tahunan serta arahan pengendalian dan keselamatan.
Faktor utama yang juga perlu dipertimbangkan semasa membeli power bank ialah saiz, bentuk, berat dan kapasiti.
4). Elak membiarkan power bank anda dicas dalam tempoh berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan menjadi terlalu panas.
Mereka juga harus mengelak daripada mengecas power bank di tempat yang ‘membina’ haba, seperti di atas katil.
5). Elak mengecas banyak peranti atau berlebihan pada power bank yang sama, menjatuhkanny kerana boleh menyebabkan kerosakan seterusnya berlaku litar pintas.
6). Jauhkan power bank daripada kanak-kanak.
Faida Rahim
Sat Jan 14 2023

Pesawat TR993 terpaksa kembali ke pintu landasan selepas 'power bank' milik salah seorang penumpang tiba-tiba meletup. - Gambar hiasan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Kakaktua sebabkan pinggul doktor terkehel, pemilik diperintah bayar AS$91,350
Seorang lelaki di Taiwan diperintah membayar ganti rugi NT$3.04 juta (AS$91,350) kepada doktor yang mengalami kecederaan selepas diserang burung kakaktua peliharaan lelaki itu.

Perdana Menteri baharu Taiwan angkat sumpah
Bekas naib presiden Chen Chien-jen mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Taiwan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pelancong Malaysia paling ramai dari rantau ASEAN ke Taiwan
Malaysia berada di kedudukan keenam dalam pasaran kemasukan pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Cantik sampai menangis, enak teringat-ingat.. Ayda Jebat buat apa di Taiwan?
Menjadi duta kempen Salam Taiwan, Ayda Jebat mahu mengajak pelancong Malaysia mengenali lebih dekat pada keindahan wilayah pulau istimewa itu!

Taiwan memanggil.. Dari gunung ke lembah, menu lazat dan pasar meriah!
Alam semulajadi, tanah tinggi, makanan, warisan seni budaya Berikut ini adalah antara yang boleh dijadikan panduan kunjungan anda.

Lagi kejadian meletup, hati-hati bawa 'power bank' dalam pesawat!
Bukan sekali dua kejadian pengecas mudah alih (power bank) meletup secara tiba-tiba.

COVID-19: Taiwan lapor kes import baharu tertinggi
Pusat Perintah Epidemik Taiwan (CECC) melaporkan 25,063 jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa termasuk 560 kes import dengan 26 kematian.

Pusat penjagaan kesihatan pintar era baharu diwujudkan di P.Pinang
TAMC memberi penekanan kepada penyelesaian pintar, penjagaan kesihatan AI (kecerdasan buatan), robotik canggih dan peranti perubatan kos efektif yang sesuai untuk keperluan tempatan.

Piala AFF: 'Saya tiada masalah tangguh konsert' - Jay Chou
Penangguhan tersebut boleh dilakukan jika peminat bola sepak negara memaklumkan kepada persatuan sukan dan pengurusan stadium berhubung perkara itu.

Taiwan lanjut tempoh latihan wajib ketenteraan
Taiwan akan melanjutkan tempoh latihan wajib perkhidmatan ketenteraan daripada empat bulan kepada setahun, umum Presiden Tsai Ing-wen pada Selasa.