Microsoft uji paparan iklan pada menu Start di Windows 11

Amanz
April 13, 2024 07:45 MYT
Microsoft mengatakan sokongan ini hanya terhad untuk pengguna peranti peribadi sahaja. -Amanz
Microsoft kini mengumumkan mereka telah mulakan ujian paparan iklan dalam bentuk aplikasi yang dicadangkan untuk dipasang, pada bahagian menu Start di sistem operasi Windows 11.
Pengiklanan ini diuji pada versi pembangunan Windows Insiders yang terbaru, dan ujian ini terhad di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.
Microsoft mengatakan sokongan ini hanya terhad untuk pengguna peranti peribadi sahaja, dan penggunaan peranti komersial yang diuruskan oleh organisasi tidak terkesan dengan ujian ini.
Pada masa yang sama, Microsoft menyatakan pengguna boleh mematikan ciri paparan pengiklanan ini melalui halaman tetapan di Windows 11.
Buat masa ini, paparan iklan ini hanya terhad di versi Windows Insider sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ujian ini akan diperluaskan kepada versi stabil atau sebaliknya. -Amanz
#Microsoft #ujian paparan iklan #menu Start #Windows 11