KUALA LUMPUR : Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guiana awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.

Ia dilancarkan pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia). 

Kejayaan itu sekali gus akan mampu meningkatkan faktor kebolehpercayaan kepenggunaan internet, jumlah pengguna serta kestabilan rangkaian di kawasan luar bandar.

Satelit terbaharu MEASAT-3d dibina oleh syarikat aeroangkasa, Airbus yang diberikan suatu tempoh masa  beberapa minggu untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada pihak pihak pengurusan MEASAT. 


Paling istimewa, ini merupakan misi besar buat MEASAT untuk melancarkan satelit yang akan merapatkan jurang digital dengan internet berkelajuan tinggi melalui perkhidmatan CONNECTme NOW. 

BACA : Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan

Dalam pada itu, MEASAT   berjaya melancarkan satelit MEASAT-3d miliknya hari ini, 22 Jun 2022 pada 6:03 petang (Waktu French Guiana) dari tapak pelancaran Agensi Angkasa Eropah di Kourou, French Guiana, bersamaan dengan 5:03 pagi, 23 Jun 2022 di Malaysia. Pelancaran tersebut disaksikan oleh sekumpulan pegawai kanan kerajaan Malaysia, eksekutif kanan sektor swasta dan rakan niaga MEASAT.

Dengan pemulihan kelewahan dalam orbit yang tiada tandingannya melalui MEASAT-3d, Astro akan berupaya mengukuhkan lagi kapasiti pengembangannya, membolehkannya menambah lebih banyak lagi kandungan 4K dan selanjutnya kandungan 8K ke setiap rumah di Malaysia. 

Dalam tempoh beberapa hari akan datang, satelit MEASAT-3d akan dibawa dari orbit geo-pindah ke dalam orbit geo-pegun pada kedudukan slot orbit penyiaran video utama 91.5° Timur.

"Satelit itu kemudian akan menjalani ujian selama satu bulan, sebelum diaktifkan untuk operasi komersial. MEASAT-3d akan ditempatkan bersama-sama dengan MEASAT-3a dan MEASAT-3b di slot orbit 91.5°T bagi membentuk salah satu daripada lokasi orbit paling berkuasa dan mantap di rantau ini," kata kenyataan pada Khamis.
  
BACA : MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo