Anugerah HUAWEI XMAGE, sebuah pertandingan fotografi meraikan kreativiti dan inspirasi menerusi karya-karya hebat menggunakan peranti Huawei, kembali lagi buat tahun ketujuh. 
 
Dilancarkan pada 7 April lalu, Anugerah HUAWEI XMAGE 2023 membuka penyertaannya hingga 15 Ogos ini, berharap jurufoto di mana saja dan apa jua peringkatnya, profesional mahupun kasual, meneroka perspektif unik dan berbeza dalam melihat dunia menerusi foto mereka.

Penyertaan terbahagi kepada beberapa kategori, termasuk ‘Outdoor’, ‘Portrait’ ‘Art & Fashion’, ‘Hello Life’, ‘Storyboard’, ‘Action’, ‘Storytelling’ dan ‘Night Walk’ - kategori baharu, di mana peserta digalakkan mengambil gambar keindahan tersembunyi waktu malam menggunakan tetapan unik foto-malam Huawei.
 
 
Foto diambil dengan Kamera Ultra Pencahayaan XMAGE HUAWEI.
 
Tahun ini, Huawei menjemput Naib Presiden Persatuan Jurufoto China, Chen Xiaobo; jurufoto fesyen China, Pei Tongtong; jurufoto landskap Portugis, José Ramos; jurufoto portret Australia, Jessica Hromas; dan Naib Presiden Jabatan Pemasaran Strategi Pengguna Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI, Li Changzhu, sebagai juri.

Pemenang berpeluang membawa pulang wang tunai sehingga AS$10,000, di mana hadiah diberi kepada tiga pemenang Hadiah Utama, 24 pemenang Terbaik-Dalam-Kategori, 27 pemenang Tempat Kedua, dan lima pemenang ‘Honorable Mention’.

Penyertaan pertandingan peringkat tempatan dibuka dari 11 Mei hingga 30 Jun 2023.
 

Menggemakan aspirasi pertandingan peringkat global itu, turut dianjurkan pertandingan peringkat tempatan Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2023 yang dibuka penyertaannya sejak 11 Mei tempoh hari hingga 30 Jun ini, dengan tema ‘Zoom Into Malaysia’.

Di bawah kategori-kategori yang sama (‘Outdoor’, ‘Portrait’ ‘Art & Fashion’, ‘Hello Life’, ‘Storyboard’, ‘Action’, ‘Storytelling’ dan ‘Night Walk’), karya-karya yang dihantar akan dinilai oleh barisan juri pakar dan peneraju industri fotografi, antaranya Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO Radio merangkap Pengarah ASTRO Media Solutions, Kenny Ong; Naib Presiden Bahagian Pemasaran Strategi Pengguna di Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI, Li Changzhu; jurugambar bebas berpangkalan di Malaysia, Abeden Mung; dan pengarah filem tempatan, Ariff Zulkarnain (Kotak (2011), Lelaki Yang Dirindui (2018), Untuk Satu Malam (2019), One Cent Thief (2022)).

Barisan juri penilai Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2023.
 

Tiga pemenang Hadiah Utama Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2023 bakal membawa pulang HUAWEI P60 Pro, 20 pemenang Tempat Kedua pula berpeluang memenangi HUAWEI Watch Fit, dan 10 ‘Honorable Mention’ akan menerima HUAWEI Freebuds 5.

Ada tiga cara untuk anda menyertai Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2023 ‘Zoom Into Malaysia’:

1. Penyertaan menerusi laman web rasmi Huawei (https://gallery.consumer.huawei.com/) atau imbas kod QR ini:

Kod QR ke laman web rasmi Huawei.
 
2. Penyertaan menerusi Komuniti Huawei ( https://consumer.huawei.com/my/community/xmage-awards/?sharesource=myhuawei ) atau imbas kod QR ini:

Kod QR ke Komuniti Huawei.
 
Penyertaan menerusi media sosial, dengan memuat naik gambar yang diambil dengan MANA-MANA telefon pintar Huawei di Facebook mahupun Instagram, dan tag @huaweimobilemy dengan tanda pagar berikut:

#ZoomIntoMalaysia
#HUAWEIXMAGE
#HUAWEIP60Pro

Entri mestilah imej atau video yang dirakam menggunakan telefon pintar Huawei, tiada batasan kepada bila ia dirakam dan pastikan profil media sosial anda adalah akaun ‘public’.

Cara-cara menghantar penyertaan anda.
 

Untuk menyertai Anugerah HUAWEI XMAGE 2023 peringkat global pula, HUAWEI ID yang berdaftar adalah mandatori, karya perlu diambil dengan telefon pintar Huawei dan ia perlu dimuat naik ke laman web rasmi Huawei atau Komuniti Huawei, sepertimana tertera di atas.

Sejak 2017, pengguna Huawei dari lebih 170 negara seluruh dunia menyertai pertandingan ini, menyumbang kepada hampir 4 juta entri - menjadikan HUAWEI XMAGE satu warisan budaya yang tersendiri, mengumpul cebisan-cebisan sejarah manusia dari perspektif yang pelbagai.

Anugerah ini mengambil namanya daripada divisyen Penyelidikan dan Pembangunan Pengimejan Huawei, XMAGE.

Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi penumpuan kepada sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej dalam fotografi.

Foto diambil dengan kamera Ultra Pencahayaan XMAGE Huawei P60 Pro.
 
Kesemua empat tiang seri XMAGE tersebut menjadi pegangan dan asas utama teknologi kamera telefon pintar Huawei yang mendatang, seperti Kamera Ultra Aperture pada Siri HUAWEI Mate 50 dan Kamera Telefoto Ultra Pencahayaan pada HUAWEI P60 Pro.

Sepertimana namanya, Anugerah XMAGE bermatlamat membantu para jurufoto mencari inspirasi dan membudayakan inovasi dalam fotografi.

Tunggu apa lagi, para jurufoto sekalian? Ayuh serlahkan bakat anda!