Stadia: Platform permainan awanan Google

Astro Awani
Mac 20, 2019 00:40 MYT
Pelancaran ini menjadi jawapan kepada usaha Google mempatenkan pengawal permainan yang dikenali sebagai Stadia Controller. - Foto YouTube/Stadia
BAGI gamers di seluruh dunia semestinya kata kunci Stadia menjadi bahan bualan paling hangat hari ini.
Di Twitter, kata kunci ini terus trending sejak pelancarannya beberapa jam lalu sempena Persidangan Pembangun Permainan (GDC) 2019.
Permainan awanan atau cloud game ini menjadi antara yang pertama di dunia sejak kewujudan permainan konsol yang menyokong sambungan dalam talian.
Permainan berkualiti konsol ini membolehkan pengguna untuk menikmati permainan melalui peranti seperti chrome dan juga android tanpa keperluan peranti berspesifikasi tinggi yang lain.
Kalau sekarang, pemain permainan dalam talian perlu muat turun permainan berkenaan serta naik taraf ke patch terkini untuk menikmatinya.
Malah, proses untuk menstrimkan permainan berkenaan ke YouTube juga mungkin memerlukan sedikit pengetahuan teknikal lain.
Tetapi melalui Stadia, akses ini menjadi mudah, cepat dan murah.
Malah, keperluannya hanyalah sambungan internet pada kelajuan tinggi kerana Stadia menyokong permainan sehingga format 4K pada kadar 60 frame sesaat.
Jadi, untuk memastikan infrastruktur Stadia lebih lancar, Google telah menambah baik pusat data mereka untuk menyokong pelbagai permaianan pada kuasa pemprosesan yang tinggi.
Malah GPU khusus untuk Stadia turut digunakan di pusat data mereka.
#cloud game #dalam talian #gamers #GDC #Google #peranti #permainan awanan #permainan konsol #Persidangan Pembangun Permainan #Stadia #YouTube