Twitter perkenal ciri deskripsi imej bantu golongan OKU penglihatan

Kohilah Sekaran
Mac 30, 2016 12:00 MYT
Syarikat rangkaian sosial, Twitter sedang berusaha untuk menjadikan ia lebih mudah bagi golongan OKU penglihatan untuk mengakses dan memahami imej yang dimuat naik ke laman Twitter.
SYARIKAT rangkaian sosial, Twitter sedang berusaha untuk menjadikan ia lebih mudah bagi golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk mengakses dan memahami imej yang dimuat naik ke laman Twitter.
Bermula hari ini, pengguna yang menggunakan aplikasi Twitter iOS dan Android akan mempunyai akses untuk menambah deskripsi bagi imej yang dikongsikan di laman tersebut.
Dengan menggunakan sehingga 420 aksara, pengguna boleh memberi butiran tentang imej tweet mereka.
Deskripsi itu kemudian boleh diakses dan dibaca oleh golongan OKU penglihatan seperti bacaan yang lain dengan menggunakan teknologi bantuan mereka.
Pada tahun lepas, satu kajian menunjukkan bahawa aktiviti tweet dengan gambar telah meningkatkan penglibatan pengguna di laman itu sebanyak 313 peratus.
Pengguna Twitter dari kalangan OKU penglihatan pula telah dibiarkan untuk menggunakan kaedah penyelesaian pihak ketiga seperti EasyChirp dan Alt Text Bot bagi bantuan teks alternatif.
Oleh itu, syarikat tersebut telah mempermudahkan proses mengakses deskripsi foto dengan mewujudkan ciri khas itu dalam produk mereka sendiri.

Product Update: Alternative text can now be added to images in Tweets, making photos more accessible for all. https://t.co/DQSKVzMGPh

— Twitter for News (@TwitterForNews) March 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#akses #deskripsi #rangkaian #Twitter