Twitter perkenal label 'Rasmi' untuk akaun terpilih

Astro Awani
November 9, 2022 02:20 MYT
Akaun terpilih itu termasuk akaun kerajaan, syarikat komersial, rakan kongsi perniagaan, saluran media utama, penerbit dan beberapa tokoh awam. - Foto fail/AP
TWITTER mengumumkan bakal memperkenal label 'Rasmi' untuk akaun disahkan terpilih tidak lama lagi.
Akaun itu termasuk daripada media utama dan kerajaan apabila jenama media sosial tersebut melancarkan perkhidmatan baharu Twitter Blue.
Menurut Eksekutif Produk, Esther Crawford pada Selasa, tidak semua akaun yang disahkan sebelum ini akan mendapat label 'Rasmi', malah, katanya, label itu tidak boleh dibeli.
Akaun yang terpilih menerimanya termasuk akaun kerajaan, syarikat komersial, rakan kongsi perniagaan, saluran media utama, penerbit dan beberapa tokoh awam," tulis Crawford di Twitter.
"Ciri Twitter Blue baharu tidak termasuk pengesahan pengenalan diri – ia adalah langganan berbayar yang menawarkan tanda semak biru (blue tick) dan akses kepada ciri terpilih," jelas Crawford.
Terdahulu, Twitter pada Sabtu mengesahkan rancangannya untuk membenarkan pengguna membeli status pengesahan tanda biru.
Dalam kemas kini untuk peranti Apple, syarikat itu berkata ciri 'blue-tick' tersebut akan dibuka kepada pengguna di negara tertentu yang mendaftar perkhidmatan Twitter Blue dengan bayaran $7.99 (kira-kira RM38) sebulan.
BACA: Twitter sah kenakan bayaran AS$8 untuk pengesahan 'blue-tick'
Twitter caj RM38 sebulan untuk pengesahan tanda biru
#Twitter #label Rasmi #Esther Crawford #akaun disahkan