X beri calit biru percuma kepada akaun dengan jumlah pengikut premium tinggi

Amanz
April 5, 2024 05:00 MYT
X mula memberikan calit biru kepada akaun-akaun yang mempunyai jumlah pengikut yang identitinya telah pun disahkan. -Amanz
X SEMALAM telah mula memberikan calit biru kepada akaun-akaun yang mempunyai jumlah pengikut yang identitinya telah pun disahkan.
Ini bermakna akaun ini menerima langganan Premium percuma kerana mempunyai pengikut yang membayar untuk akaun Premium.

Going forward, all accounts with over 2500 verified subscriber followers will get Premium features for free and accounts with over 5000 will get Premium+ for free

— Elon Musk (@elonmusk) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada waktu ini langganan Premium percuma dengan calit biru diberikan kepada akaun dengan 2,500 pengikut yang telah disahkan identiti mereka.
Sementara itu, langganan Premium+ pula diberikan kepada pengguna dengan 5,000 pengikut yang telah disahkan identitinya.
Pengumuman pemberian calit biru ini dilakukan Elon Musk pada 28 Mac lalu tetapi hanya diaktifkan semalam.
X, dahulunya Twitter, membuang calit biru kepada pengguna legasi yang menerimanya sebelum laman diambil alih oleh Elon Musk.
Tindakan ini menerima reaksi negatif kerana menyebabkan lambakan akaun calit biru yang dibeli. -Amanz
#Twitter #calit biru #langganan Premium percuma #pengikut premium tinggi