Mon Aug 19 2019


TWICE membuka tirai persembahan dengan 'Stuck In My Head', lagu yang menaikkan semangat ONCE dengan tempo lagu yang rancak sekali.

Biarpun kumpulan itu hanya tampil berlapan iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu, mereka tidak menunjukkan sebarang cacat cela dalam nyanyian dan koreografi mereka.

Setiap elemen termasuk sistem pencahayaan, mainan visual pada skrin dan kesan khas membabitkan bunga api dan asap menambahkan keterujaan penonton.

TWICE bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama-sama peminat dan penonton, bukan sahaja yang berada di Zon Lights (zon di hadapan pentas), malah di seluruh stadium.

Sekitar 10,000 penonton yang hadir menggegarkan Stadium Axiata Arena di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Twice Live in MalaysiaKelapan-lapan idol tersebut kembali ke pentas dengan set hologram yang berbentuk prisma dan mengenakan outfit baharu yang berwarna merah jambu serta menyampaikan Likey dan What Is Love.

Ini bukannya kali pertama kumpulan ini hadir ke Malaysia bagi mengadakan konsert kerana mereka dijadualkan membuat persembahan pada Julai tahun lalu tetapi ia dibatalkan.

Selepas menukar pakaian mereka kepada gaun putih, lapan bidadari tersebut mendendangkan lagu yang bertempo perlahan iaitu 'After Moon'.

Konsert yang cukup menghiburkan ONCE dengan persembahan 25 lagu dalam tempoh dua jam setengah itu nyata tidak mengecewakan peminat yang hadir malah turut meninggalkan kenangan yang manis buat mereka.

TWICE menghantar 'Signal' kepada ONCE sewaktu persembahan mereka di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu 'Stuck', mereka sekali lagi kembali ke set hologram berbentuk prisma untuk keluar dari pentas.

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
