Mon Aug 19 2019


TWICE membuka tirai persembahan dengan 'Stuck In My Head', lagu yang menaikkan semangat ONCE dengan tempo lagu yang rancak sekali.

Biarpun kumpulan itu hanya tampil berlapan iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu, mereka tidak menunjukkan sebarang cacat cela dalam nyanyian dan koreografi mereka.

Setiap elemen termasuk sistem pencahayaan, mainan visual pada skrin dan kesan khas membabitkan bunga api dan asap menambahkan keterujaan penonton.

TWICE bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama-sama peminat dan penonton, bukan sahaja yang berada di Zon Lights (zon di hadapan pentas), malah di seluruh stadium.

Sekitar 10,000 penonton yang hadir menggegarkan Stadium Axiata Arena di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Twice Live in MalaysiaKelapan-lapan idol tersebut kembali ke pentas dengan set hologram yang berbentuk prisma dan mengenakan outfit baharu yang berwarna merah jambu serta menyampaikan Likey dan What Is Love.

Ini bukannya kali pertama kumpulan ini hadir ke Malaysia bagi mengadakan konsert kerana mereka dijadualkan membuat persembahan pada Julai tahun lalu tetapi ia dibatalkan.

Selepas menukar pakaian mereka kepada gaun putih, lapan bidadari tersebut mendendangkan lagu yang bertempo perlahan iaitu 'After Moon'.

Konsert yang cukup menghiburkan ONCE dengan persembahan 25 lagu dalam tempoh dua jam setengah itu nyata tidak mengecewakan peminat yang hadir malah turut meninggalkan kenangan yang manis buat mereka.

TWICE menghantar 'Signal' kepada ONCE sewaktu persembahan mereka di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu 'Stuck', mereka sekali lagi kembali ke set hologram berbentuk prisma untuk keluar dari pentas.

Detik mula kerjaya Rolling Stones
Siri gambar Gus Carol yang tidak pernah disiarkan ini merakamkan peristiwa dalam permulaan kerjaya seni kumpulan muzik Rolling Stones.

TWICE World Tour 2019 'TWICELIGHTS' In Kuala Lumpur
Konsert Jelajah Dunia 2019 TWICELIGHTS di Kuala Lumpur berjaya menawan hati 10,000 ONCE - iME Malaysia

Westlife Live in Malaysia
Westlife teruja dapat sekali lagi bertemu peminat di Malaysia. Kumpulan itu kini dalam siri jelajah Westlife: The Twenty Tour

Toy Story 4: Pengembaraan baharu Woody dan Buzz Lightyear
Selepas menjadi milik seorang kanak-kanak perempuan bernama Bonnie, Sheriff Woody dan Buzz Lightyear diperkenalkan kepada Forky.

Top 10 filem X-Men terbaik mengikut rating dari IMDb
10 filem X-Men terbaik mengikut rating dari IMDb

Perginya seorang biduan... Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin
Rakaman lensa kamera di sekitar majlis pengebumian penyanyi terkenal 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin.

Anugerah Muzik Billboard 2019
Anugerah Muzik Billboard 2019 yang berpentas di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada 1 Mei 2019. Foto oleh REUTERS.

Kehangatan Konsert Jelajah Dunia 'BLACKPINK 2019 In Your Area' Kuala Lumpur
Konsert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur berjaya menawan hati 16,000 Blinks (nama fandom BLACKPINK). - YG Entertainment

Festival Elvis ke-26 di New South Wales, Australia
Festival Elvis Presley di Sydney, Australia

Yang pelik dan gila-gila di Comic-Con 2017 San Diego
Sorotan perhimpunan tahunan Comic-con di San Diego.