Foto pilihan minggu ini (24 - 30 September)

Foto pilihan minggu ini (24 - 30 September).

Seorang pelancong menunggu giliran untuk bermain luncur pasir di kaki gunung berapi Cerro Negro, terletak kira-kira 100km dari barat laut ibu negeri Nicaragua pada 24 September 2016. - Foto AFP/Inti Ocon | Astro Awani
foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Seorang pelancong menunggu giliran untuk bermain luncur pasir di kaki gunung berapi Cerro Negro, terletak kira-kira 100km dari barat laut ibu negeri Nicaragua pada 24 September 2016. - Foto AFP/Inti Ocon

foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Kanak-kanak bermain di sebatang jalan di bandar bergolak Douma yang terletak di pinggir kawasan timur Damascus, Syria pada 25 September 2016. - Foto AFP/Abd Doumany

foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Seorang pekerja ladang berdiri disebalik rak kayu dalam sebuah gudang penghasilan makanan burung unta di pinggir bandar Pyongyang pada 26 September 2016. - Foto AFP/Ed Jones

foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Pelarian Somalia, Samir (kanan) melihat ke arah luar tingkap dari dalam sebuah bot penyelamat 'Astral' yang dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan 'Proactiva Open Arms' pada 25 September 2016. Bot penyelamat itu membantu para pelarian di perairan Libya untuk dibawa ke Pulau Lampedusa, Itali. Perairan itu menjadi hab imigrasi haram yang disebabkan oleh pergolakan di negara asal para pelarian ini. - Foto AFP/Ricardo Garcia Vilanova

foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Pasukan bomba memantau kebakaran yang menghampiri balai bomba Casa Loma di kawasan pergunungan Santa Cruz, California pada 27 September 2016. Kebakaran 'Loma Prieta' telah memusnahkan kira-kira 1,000 ekar kawasan disitu dan kemusnahan harta benda telah dilaporkan berlaku. - Foto AFP/Josh Edelson

foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Seorang pelajar di Universiti Witwatersrand, Johannesburg mengikat lehernya pada sebatang pokok sebagai tanda sokongan terhadap kakitangan dan warga pendidik yang mengusulkan sistem pendidikan percuma dan menentang keganasan dalam kampus pada 30 September 2016. Tindakan ini antara lain menentang pihak kerajaan yang membenarkan kenaikan yuran pembelajaran ditetapkan oleh pihak institusi pendidikan. - Foto AFP/Marco Longari

foto pilihan minggu ini,

foto pilihan minggu ini,

Foto yang dirakam pada 29 September 2016 di kem pelarian sempadan Serbia-Hungary ini memaparkan helaian pakaian digantung di pagar sempadan pemisah di bandar Horgos, Serbia. Aliran kemasukan para pelarian melalui Balkan untuk menuju ke Eropah masih berterusan walaupun penutupan "Balkan route" pada Mac lalu. Lebih 5,000 pelarian masih berada di kem pelarian ini dan mereka masih berusaha untuk melepasi ke Eropah dan mencari suaka politik. - Foto AFP/Andrej Isakovic