Thu Aug 12 2021


WWF-Malaysia menerusi operasi pemasangan kolar gajahnya sedang mengkaji corak pergerakan gajah Borneo yang dianggarkan hanya tinggal 1,500 ekor di hutan Sabah. Maklumat daripada kajian ini akan digunakan untuk memberi rekomendasi untuk perancangan guna tanah yang lebih mampan. Sebagai mamalia darat yang terbesar, kelangsungan hidup gajah Borneo amat penting dalam mengekalkan kepelbagaian hidupan di Sabah. - WWF Malaysia / Sabah Landscapes Programme

Imej dron menunjukkan sekumpulan gajah Borneo kelihatan sedang mencari makanan di kawasan ladang penanaman kayu kertas Eucalyptus. Walaupun sebilangan besar habitat gajah telah ditukar sama ada untuk pembangunan infrastruktur atau pertanian, gajah-gajah ini masih akan terus menggunakan kawasan yang sama kerana pengetahuan gajah tentang laluan tradisi ini telah diturunkan dari generasi ke generasi. - WWF Malaysia / Mazidi Ghani

Sekumpulan gajah Borneo kelihatan sedang bergerak melalui kawasan ladang kelapa sawit. Kebanyakan habitat asal gajah kini dikelilingi penempatan manusia dan ladang-ladang kelapa sawit sekaligus menimbulkan konflik gajah-manusia. - WWF-Malaysia / David James

Gajah Borneo merupakan salah satu hidupan liar yang paling ikonik di Sabah. Spesies ini penting untuk membuka laluan bagi haiwan yang lebih kecil dan untuk membuka ruang bagi pertumbuhan pokok yang baru di dalam hutan. - WWF Malaysia / Engelbert Dausip

Seekor anak gajah Borneo kelihatan sedang berjalan bersama ibunya di Hutan Simpan Bukit Piton di Sabah, yang turut merupakan habitat semulajadi orang utan. - WWF Malaysia / William Joseph
COVID-19: Tenanglah kau di alam abadi ... Al-Fatihah

Retrospektif #MH370
Sekitar pelaksanaan PKPB di Lembah Klang

PKPB: Lebih sibuk daripada biasa, namun terkawal

Istiadat Angkat Sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM-8

Menjejaki Nora Anne Quoirin

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

#AgongKita: Bual bicara eksklusif bersama KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin

#matakantaawani Terbaik Minggu Ini: Raya!
