Hari Malaysia 16 September 1963

Hari Malaysia 16 September 1963

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Di majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia.

Sumber Arkib Negara | Astro Awani
Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Di majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga yang telah diadakan. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di residensi beliau pada 6 Julai 1963, bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sungai Besi pada petang 6 Julai 1963 untuk ke Singapura dan seterusnya ke London bagi menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Watikah pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Sembahyang kesyukuran dilakukan pada 16 September 1963 di Masjid Jamek bersama Yang DiPertuan Agung ketika itu, Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan diraja di upacara pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963. Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh 30,000 rakyat jelata dari pelbagai kaum. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat dari anggota pasukan seragam dari pelbagai kontingen yang menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada 17 September di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Pelajar-pelajar sekolah membentuk perkataan Hidup Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang telah diadakan di Stadium Merdeka pada 17 September 1963. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Stephen Kalong Ningkan bersama-sama dengan Gabenor Negeri Sarawak yang baru iaitu Tun Abang Haji Openg berserta dengan wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Khir Johari memasyhurkan pengisytiharaan Pembentukan Malaysia di Padang, Kuching, Sarawak pada 16 September 1963. Sumber Arkib Negara.

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Lee Kuan Yew membaca proklamasi Malaysia dari City Hall, Singapura berlatarbelakangkan gambar rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Menteri Sabah yang pertama, Tun Mohamad Fuad Stephens mengisytiharkan Sabah menyertai pembentukan Malaysia bersama Malaya, Sarawak dan Singapura di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 16 September 1963. Sumber Arkib Negara

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Hari Malaysia, 16 September 1963, Pertubuhan Malaysia

Turut sama, Timbalan Perdana Menteri Malaya, Tun Abdul Razak (kanan) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama Tun Mustapha Datuk Harun (dua dari kanan). Sumber Arkib Negara