Tue Dec 20 2016


MARANG, 19 Dis -- Pelajar cemerlang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Nurfairuz Husna (dua, kiri) menunjukkan sijil keputusan PT3 kepada bapanya Mohamad Zulkifli Mamat, ibunya Murni Zakaria dan neneknya Hasnah Sulong (kanan) selepas mengambil keputusan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling hari ini. Nurfairuz Husna mendapat 11A dalam peperiksaan PT3 2016 yang diumumkan keputusannya hari ini. -fotoBERNAMA (2016)

IPOH, 19 Dis - Pelajar cemerlang Sekolah Izzudin Shah Nursalam Khairul Azman (lima, kiri) dan Hilman Hakim Ahmad Sabri (enam, kiri) meraikan kegembiraan bersama rakan-rakan selepas menerima keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini. -fotoBERNAMA (2016)

PUTRAJAYA, 19 Dis -- Dua pelajar cemerlang Pentaksiran Tingkat 3 (PT3) yang mendapat 11A, Akmal Ash Nur Muhammad Insan dan Nurul Athilah Muhammad Nasir bersama rakan-rakan lain yang mendapat 10A setelah menerima penghargaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 8(1) hari ini. -fotoBERNAMA (2016)

KOTA BHARU, 19 Dis -- Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar riang setelah mendapat keputusan semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini. -fotoBERNAMA (2016)

SEREMBAN, 19 Dis -- Md Nazam Mustafa, 48, yang lumpuh separuh badan terharu melihat keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) anaknya Muhammad Fakhrullah Md Nazam yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu 10A di Sekolah Datuk Abdul Razak selepas keputusan peperiksaan itu diumumkan hari ini. Turut kelihatan isterinya Norasikin Md Tawil. --fotoBERNAMA (2016)

BESUT, 19 Dis - Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut Ahmad Zaki Mohamad (kiri) gembira melihat gelagat Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Jertih Datuk Muhammad Pehimi Yusof (dua, kiri) dan isterinya Datin Roslida Daud (kanan) bersama anak mereka Nurshafiqah, pelajar sekolah itu yang diumumkan memperoleh 11A pada majlis penyampaian keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini. --fotoBERNAMA (2016)
Sekitar pelaksanaan PKPB di Lembah Klang

PKPB: Lebih sibuk daripada biasa, namun terkawal

Istiadat Angkat Sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM-8

Menjejaki Nora Anne Quoirin

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

#AgongKita: Bual bicara eksklusif bersama KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin

#matakantaawani Terbaik Minggu Ini: Raya!

Perginya seorang biduan... Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin

Tentang seorang jururawat bernama Hamidah
