Wed Aug 05 2020


Antara yang cedera dan dibawa ke hospital dalam letupan yang menggegarkan ibu kota Lubnan, Beirut pada Selasa. -AP

Letupan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai hingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi kejadian. -AP

Letupan dahsyat petang Selasa menggegarkan ibu kota Beirut dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonium nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu. -AP

Terdapat rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota. Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing. -AP

Letupan yang berlaku itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi. -AP

Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan. -AP

Antara kerosakan bangunan terbabit termasuk balkoni dan diling runtuh. Kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer. Terdapat juga rakaman dari pelabuhan menunjukkan kerosakan besar pada bangunan dan kereta, serta orang yang cedera dalam letupan itu. -AP
Sekitar pelaksanaan PKPB di Lembah Klang
Anggota PDRM dan ATM melakukan sekatan jalan raya di Jalan Kuching bagi memastikan orang awam tidak melanggar PKPB. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

PKPB: Lebih sibuk daripada biasa, namun terkawal
Lebih banyak sekttor ekonomi dibenar beroperasi sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020.

Istiadat Angkat Sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM-8
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan dihadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menjejaki Nora Anne Quoirin
Seorang remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu ketika bercuti di sebuah resort di Seremban.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bagi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Melaka.

#AgongKita: Bual bicara eksklusif bersama KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli pada sesi temuramah di Istana Negara.

#matakantaawani Terbaik Minggu Ini: Raya!
Kompilasi gambar menarik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perginya seorang biduan... Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin
Rakaman lensa kamera di sekitar majlis pengebumian penyanyi terkenal 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin.

Tentang seorang jururawat bernama Hamidah
Rakaman kehidupan dalam rutin seharian seorang jururawat, dari lensa kamera Israr Khalid, sempena Hari Jururawat dan Hari Ibu.

Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu
Tanggal 9 Mei 2019, genap setahun Malaysia berada di bawah tampuk kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan.