Perjalanan akhir perwira Muhammad Adib ...

Galeri foto ini memaparkan perjalanan terakhir hero kita, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim untuk dibawa menaiki helikopter di TUDM Subang ke kampung halamannya di Kedah. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - fotoBERNAMA | Astro Awani
Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim untuk dibawa menaiki helikopter di TUDM Subang ke kampung halamannya di Kedah. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membawa jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim untuk dibawa menaiki helikopter di TUDM Subang ke kampung halamannya di Kedah. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (empat, kiri) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (lima, kiri) ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Kedah menggunakan pesawat Mi-17 IV di Pangkalan Udara Bomba Subang, hari ini. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengaminkan bacaan doa ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim di Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia, Subang hari ini. Muhammad Adib, 24 tahun, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat keranda jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim diusung oleh anggota-anggota Bomba dan Penyelamat ketika penghormatan terakhir di Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia , Subang hari ini. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim diterbangkan dengan menggunakan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat ke kampung halamannya di Kuala Kedah hari ini. Jenazah akan tiba di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, di sini selepas waktu Zohor. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Mohd Kassim Abdul Hamid (dua, kanan) dan isterinya, Asma Aziz (kiri) menahan sebak sebaik jenazah anak mereka tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah hari ini. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah dari Pangkalan Udara Bomba Subang hari ini. Jenazah Muhammad Adib disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Masjid As-Saadah di sini. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim disembahyangkan di Masjid Al- Saadah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada, 27 November lalu. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Suasana pilu yang dirakamkan ketika jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dibawa keluar dari rumahnya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diturunkan ke dalam liang lahad pada upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini kira-kira 1.45 tengah hari tadi. Pengebumian jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan pengebumian dijalankan. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Suasana pilu yang dirakamkan ketika jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini. Pengebumian jenazah pada kira-kira 1.45 tengah hari tadi turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Bacaan talkin diperdengarkan sejurus selesai upacara pengkebumian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini. Pengebumian jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan pengebumian dijalankan. - fotoBERNAMA

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Muhammad Adib, bomba, meninggal dunia, HKL, IJN,

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63 tahun, dan dua anak perempuannya menabur bunga mawar ke atas pusara Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim,24, yang telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah Kampung Tebengau, hari ini. - fotoBERNAMA