Sat Nov 01 2014


Pemain pasukan Pahang gembira setelah berjaya menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - fotoBERNAMA

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Piala Malaysia kepada pasukan Pahang yang menumpaskan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - fotoBERNAMA

Pemain pasukan Pahang, Dickson Nwakaeme meraikan jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. -fotoBERNAMA

Penyokong tegar Pahang yang menyaksikan siaran langsung melalui layar gergasi di Stadium Darul Makmur bersorak kegembiraan selepas pasukan kesayangan mereka menjaringkan gol pembukaan perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika tinjauan fotoBernama di sini, malam ini.?Kedudukan semasa Pahang 1-2 JDT. -fotoBERNAMA

Pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa (tengah) meraikan jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan JDT menentang pasukan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. -fotoBERNAMA

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa meraikan gol kedua JDT pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. JDT mendahului Pahang dengan 2-1 pada separuh masa pertama perlawanan. - fotoBERNAMA

Pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz (kiri) diasak oleh pemain pasukan Pahang, Damion Delano Steward pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. -fotoBERNAMA

Pemain Pahang Dickson Nwakaeme meraikan gol pertama Pahang pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. JDT mendahului Pahang dengan 2-1 pada separuh masa pertama perlawanan. - fotoBERNAMA

Antara sorakan penyokong-penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang ceria ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. -fotoBERNAMA

Antara reaksi ceria penyokong-penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. - fotoBERNAMA

Penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia memakai baju hujan ekoran hujan lebat ketika tinjauan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Sabtu. -fotoBERNAMA

Si cilik turut sama menunjukkan sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan memakai topi berwarna merah dan biru ketika hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia JDT menentang Pahang ketika tinjauan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.-fotoBERNAMA

Penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bergambar bersama sebelum bermulanya perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu. -fotoBERNAMA

Penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia memakai baju hujan ekoran hujan lebat ketika tinjauan fotoBernama di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada Sabtu. -fotoBERNAMA

Pemain-pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bersemangat ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan di Padang FAM pada Jumaat. Perlawanan akhir Piala Malaysia akan menyaksikan pasukan Harimau Selatan itu berentap dengan pasukan Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu. - fotoBERNAMA

Ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Shafiq Rahim dan Razman Roslan bersama piala keramat, Piala Malaysia ketika sidang media sempena perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. Perlawanan akhir Piala Malaysia akan menyaksikan pasukan Harimau Selatan berentap dengan pasukan Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - fotoBERNAMA

Ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Shafiq Rahim (dua, kanan) dan Razman Roslan bersama piala keramat, Piala Malaysia ketika sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada Jumaat. Turut hadir Jurulatih Pahang dan JDT, Zainal Abidin Hassan (kiri) dan Bojan Hodak (kanan).?Perlawanan akhir Piala Malaysia akan menyaksikan pasukan Harimau Selatan berentap dengan pasukan Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu. - fotoBERNAMA

Jurulatih pasukan Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Zainal Abidin Hassan (kiri) dan Bojan Hodak bersalaman ketika meninjau keadaan padang sempena Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. Perlawanan akhir Piala Malaysia akan menyaksikan pasukan Harimau Selatan berentap dengan pasukan Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu. - fotoBERNAMA

Dua pekerja kedai peralatan sukan yang juga peminat tegar pasukan bola sepak Pahang Faisal Amin Taib, 22, dan Mohd Adly Annuar Kamarizzaman, 22, menconteng muka dan memakai jersi Pahang sebagai tanda sokongan padu menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam Sabtu.-fotoBERNAMA

Dua pekerja kedai peralatan Sukan yang juga peminat tegar pasukan bola sepak Pahang Faisal Amin Taib, 22, dan Mohd Adly Annuar Kamarizzaman, 22, menconteng muka dan memakai jersi Pahang sebagai tanda sokongan padu menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam Sabtu. -fotoBERNAMA

Dua pekerja kedai peralatan Sukan yang juga peminat tegar pasukan bola sepak Pahang Faisal Amin Taib, 22, dan Mohd Adly Annuar Kamarizzaman, 22, menconteng muka dan memakai jersi Pahang sebagai tanda sokongan padu menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam Sabtu ketika tinjauan.-fotoBERNAMA
COVID-19: Tenanglah kau di alam abadi ... Al-Fatihah
Deretan van jenazah membarisi jalan masuk Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor. Astro AWANI difahamkan sejumlah 14 jenazah mangsa COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor dikebumikan pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014
Sekitar pelaksanaan PKPB di Lembah Klang
Anggota PDRM dan ATM melakukan sekatan jalan raya di Jalan Kuching bagi memastikan orang awam tidak melanggar PKPB. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

PKPB: Lebih sibuk daripada biasa, namun terkawal
Lebih banyak sekttor ekonomi dibenar beroperasi sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020.

Istiadat Angkat Sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM-8
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan dihadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menjejaki Nora Anne Quoirin
Seorang remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu ketika bercuti di sebuah resort di Seremban.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bagi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Melaka.

#AgongKita: Bual bicara eksklusif bersama KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli pada sesi temuramah di Istana Negara.

#matakantaawani Terbaik Minggu Ini: Raya!
Kompilasi gambar menarik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perginya seorang biduan... Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin
Rakaman lensa kamera di sekitar majlis pengebumian penyanyi terkenal 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin.