Sun May 16 2021


Jemaah solat Aidilfitri di asjid Al Akbar, Surabaya, Indonesia menjalankan ibadah dengan mengikut protokol kesihatan bagi mencegah penularan COVID-19.

Keindahan suasana pagi Syawal dapat dirasai di halaman Hagia Sophia ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di kawasan terbuka. - AP

Jurugambar sempat merakamkan keindahan suasana di Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia ketika umat Islam tempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Komuniti Islam di Khartoum, Sudan menunaikan solat Aidilfitri tanda kesyukuran menyambut Syawal selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. - AP/Marwan Ali

Umat Islam tempatan sedang menunaikan solat dalam keadaa tenang di Masjid Baitul Mukarram di Dhaka, Bangladesh, pada 14 Mei 2021. - REUTERS/Mohammad Ponir Hossain

Jemaah solat Aidilfitri di Masjid Baitul Futuh, London mengikut aturan SOP kesihatan yang ditetapkan kerajaan, dalam usaha mencegah penularan COVID-19. - REUTERS/Henry Nicholls

Kanak-kanak Pakistan yang menggayakan baju baharu ini teruja menaiki unta, di sebuah taman permainan dalam kawasan kejiranan berpendapatan rendah di Karachi. - REUTERS/Akhtar Soomro

Umat Islam di Karachi, Pakistan tetap keluar menunaikan solat Aidilfitri meskipun ancaman COVID-19 masih berleluasa. - REUTERS/Akhtar Soomro

Kanak-kanak bermain di sebuah kawasan padang di Morton Grove, Illinois, Amerika Syarikat selepas solat sunat Aidilfitri pada 13 Mei lalu. - AP

Warga Kuala Lumpur mengambil kesempatan merakamkan kenangan Aidilfitri berlatarkan menara berkembar Petronas selepas aktiviti merentas negeri dan daerah serta aktiviti ziarah hari raya tidak dibenarkan berikutan pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara. - Bernama

Muslimah di Jambi, Indonesia mengikuti jemaah solat sunat Aidilfitri di kawasan terbuka di kawasan Gunung Labu dengan berlatarbelakangkan Gunung Berapi Kerinci. - Antara Foto/Wahdi Septiawan

Umat Islam di bandar raya New York mendapat permit khas menunaikan solat sunat Aidilfitri di jalanan Brooklyn, pada 13 Mac lalu, sempena 1 Syawal. - REUTERS/Stephanie Keith

Sekumpulan umat Islam di Mexico City memegang bendera Palestin di Monument of Revolution pada 15 Mei sebagai sokongan terhadap perjuangan warga Palestin. - Reuters/Henry Romero

Sekumpulan penyokong perjuangan Palestin di Madrid, Sepanyol mengisi Aidilfitri mereka dengan menganjurkan demonstrasi aman di jalanan. - REUTERS/Juan Medina

Setelah Gaza dibedil serangan udara tentera Israel, apakah ertinya Aidilfitri bagi keluarga Palestin yang kehilangan tempat kediaman ini? - REUTERS/Mohammed Salem

Sekumpulan warga Palestin berlindung di sekolah milik PBB setelah bandar Gaza dibedil serangan tentera Israel sejak akhir Ramadan lalu. - REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
