Sekitar 300 peminat ikon papan selaju tempatan, Ahmad Fadzil Musa ataupun Pa’din Musa beratur panjang bagi merebut baki 30 kasut eksklusif keluaran Vans di sebuah pusat membeli belah, di sini, hari ini.
Stok terakhir kasut signature colorway edisi khas Pa’din Musa itu disimpan bagi meraikan pembukaan cawangan baharu syarikat itu di East Coast Mall, Kuantan.
Bagi mengawal keadaan, orang ramai yang mahu membeli kasut tersebut perlu mendaftar nama mereka bermula jam 10.00 pagi tadi sebelum undian dibuat pada pukul dua petang untuk menentukan individu yang dapat membeli kasut tersebut.
Kasut edisi terhad itu dilancarkan dua minggu lalu, menyaksikan semua stok yang ditawarkan habis terjual.
BACA: Vans pilih Pa'din Musa sebagai inspirasi kasut signature
Ia sekaligus menjadikan Pa’din, 41, sebagai orang Asia pertama diberikan penghormatan untuk mengeluarkan kasut signature oleh Vans.
Pa’din turut hadir pada acara itu dengan mengenakan baju jersi hitam kuning yang menjadi inspirasi warna pilihan kasut signature yang dikeluarkan atas namanya itu.
Baca: Kehidupan saya sebagai seorang skateboarder sudah lengkap - Pa'din Musa
Vans merupakan syarikat kasut sukan lasak Amerika Syarikat.
Kasut edisi terhad Pa'din Musa dikeluarkan bagi meraikan kejayaan beliau sebagai salah seorang pemain papan luncur paling berjaya di rantau ini.
Ian Johan Ariff
Wed Dec 20 2017
Semua stok edisi terhad Pa'din Musa kini sudah habis dijual sepenuhnya. - Foto Astro AWANI via VANS
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Lima amalan Pa'din Musa kekal hebat pada usia 42 tahun
Bagaimana Pa'din masih mampu melakukan aksi lagak ngeri yang biasanya dilakukan oleh pemain papan selaju yang jauh lebih muda.
300 peminat rebut baki 30 kasut Pa'din Musa
30 pasang kasut signature Pa'din Musa ini adalah stok terakhir yang disimpan bagi meraikan pembukaan cawangan baharu Vans di East Coast Mall, Kuantan.
Peminat beratur panjang beli kasut Pa'din Musa
Peminat tidak mahu lepaskan peluang memiliki kasut signature colorway Pa'din Musa beratur dua jam sebelum kedai buka.