KITA biasa mendengar pepatah yang mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di sisinya.

Sempena demam Piala Dunia, Astro AWANI senaraikan lima wanita pendamping bintang bola sepak ternama ini.

Apa yang penting, mereka bukan sahaja cantik, tetapi juga berjaya dalam karier masing-masing.


Edurne García Almagro (David de Gea)



Menggunakan nama Edurne, wanita berusia 33 tahun ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berjaya di Sepanyol.

Selain itu, dia juga merupakan salah seorang bintang pementasan muzikal, Grease, El musical de tu vida, yang dipentaskan dari 2007 hingga 2013.

Berkenalan dengan de Gea pada tahun 2010, belum ada perkembangan jika pasangan ini merancang berkahwin dalam masa terdekat.


Anna Lewandowski (Robert Lewandowski)



Anna yang mengahwini Robert pada 2013, merupakan seorang atlet dan pernah mewakili Poland dalam banyak kejohanan karate.

Percaya atau tidak, pemilik tali pinggang hitam ini sudah memenangi hampir 30 pingat sepanjang kerjayanya dalam sukan karate.

Bukan itu sahaja, Anna juga merupakan pemegang sarjana dari Akademi Pendidikan Fizikal dan kini dikenali di Poland sebagai pakar nutrisi.


Bruna Marquezine (Neymar)



Lihat pada paras rupa dan ketinggiannya sahaja, kita sudah dapat meneka Marquezine merupakan supermodel A-list di Brazil.

Namun wanita yang mirip wajah Selena Gomez ini terlebih dahulu memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dan pernah memenangi banyak anugerah.

Dilabel sebagai Posh and Becks Brazil, hubungan Marquezine dan Neymar pernah beberapa kali terputus, namun jodoh mereka nampaknya masih kuat sehingga kini.


Shakira (Gerard Pique)


Visitor on set! #MeEnamoréVideo

A post shared by Shakira (@shakira) on



Tidak perlu diperkenalkan lagi, Shakira yang telah melahirkan 11 buah album sepanjang hampir tiga dekad dalam industri muzik, kini antara bintang Latin dengan jualan album tertinggi, iaitu 60 juta.

Menariknya, perkenalan Shakira dan Pique juga 'bermula' melalui Piala Dunia, iaitu ketika Pique terbabit dalam pembikinan video muzik lagu tema Piala Dunia 2010, Waka Waka (This Time For Africa), nyanyian Shakira.


Antonella Roccuzzo (Lionel Messi)




Biarpun bukan wanita berkerjaya seperti yang lain, Roccuzzo layak berada dalam senarai ini kerana dia dianggap ramai sebagai tulang belakang kejayaan Messi.

Merupakan teman sepermainan Messi sejak kecil, Roccuzzo dilihat sentiasa berada di sisi suaminya, tidak kira dalam apa juga situasi.

Biarpun Messi merupakan antara pemain bola sepak paling terkenal di dunia, namun Roccuzzo lebih selesa memilih gaya hidup low profile bersama tiga anak mereka, Thiago, Mateo dan Ciro.


Georgina Rodriguez (Cristiano Ronaldo)


CAMPEONES #cr7 #ch5mpions #championsleague #champ13ns #realmadrid

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio) on



Berusia 22 tahun, si cantik ini baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang peragaan, namun tidak kekok menyesuaikan diri sebagai ibu kepada anak perempuan mereka, Alana Martina.

Malah dalam usia yang masih muda, Rodriguez nampaknya tidak mempunyai masalah mengambil tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga lagi anak Ronaldo, iaitu Cristiano Ronaldo Jr, serta pasangan kembar, Eva dan Mateo.