7 sentuhan ini mungkin dapat dekatkan anda kepada suami

Astro Awani
Mac 31, 2018 01:39 MYT
Ada sesuatu yang unik mengenai sentuhan pada tangan, ia boleh memberi isyarat perkenalan dan persahabatan. - Gambar hiasan
TAHUKAH anda, sentuhan mampu memberikan kesan psikologi yang kuat kepada mana-mana individu?
Dari segi komunikasi, ia dikatakan boleh menyampaikan maklumat yang tidak dapat ditafsir melalui kata-kata dan boleh memberi kesan kepada tindakan serta perilaku pasangan.
Bagi pasangan yang berkahwin, sentuhan mungkin dapat mendekatkan lagi hubungan sekali gus menyemarakkan perasaan melalui cara yang tidak perlu dijelaskan menerusi kata-kata.
Berikut ialah tujuh tempat sentuhan yang didambakan lelaki:
Muka
Lelaki suka sekiranya pasangan menyentuh muka mereka. Ini merupakan bahagian badan yang paling disukai lelaki berbanding organ badan yang lain.
Belakang badan
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh yourtango.com, ia menyebut lelaki sangat suka sekiranya bahagian belakangnya digaru terutamanya di bahagian bawah belakang badan.
Belakang leher
Siapa yang tidak suka lehernya diurut? Urutan dan sentuhan belakang leher mampu membantu pasangan berasa tenang.
Lutut
Majalah Cosmopolitan menyebut sentuhan pada lutut pasangan membantu pasangan berada dekat, serta membantu pasangan kembali berdamai terutamanya apabila berlaku pergaduhan.
"Lutut ialah bahagian badan yang neutral," kata Dr David Givens dari Pusat Kajian Tanpa Lisan, Amerika Syarikat.
Telinga
Sentuhan di telinga lelaki dapat membantu pasangan lebih tenang serta memulihkan mood pasangan.
Bahu
Meletakkan tangan anda di atas bahu suami boleh membantu anda mendapatkan perhatian penuh suami.
Tangan
Ada sesuatu yang unik mengenai sentuhan pada tangan, ia boleh memberi isyarat perkenalan dan persahabatan.
Tetapi awas! Ia juga boleh merangsang nafsu seks pasangan anda.
#damba #isteri #isu semasa #lelaki #man #men #pasangan #seks #sentuhan #setia #Tips